More
    Home Malaysia ADUN Sebuyau lega projek pembinaan Chalet Sebuyau yang akan dijadikan Mini Hub...

    ADUN Sebuyau lega projek pembinaan Chalet Sebuyau yang akan dijadikan Mini Hub Digital berjalan lancar

    SEBUYAU, 03 FEBRUARI 2022 (SNN) : Projek pembinaan Chalet Sebuyau yang kini rancak dalam proeses kerja-kerja menyiapkan struktur bangunan melalui ‘retender’ menampakkan hasil yang positif.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap ADUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi dalam satu perkongsian beliau menzahirkan perasaan lega di atas kemajuan Chalet Sebuyau yang memberansangkan apabila kerja pembinaan itu diambil alih oleh kontraktor baharu menggantikan kontraktor sebelum ini yang gagal menyiapkannya mengikut jadual ditetapkan.

    Katanya lagi, proses melantik semula kontraktor projek rakyat berkenaan diambil kira melalui proses peraturan kewangan negeri (TI) dan segala peruntukan adalah menggunakan bajet Kerajaan Sarawak sendiri.

    “Chalet Sebuyau yang terletak berhampiran dengan laluan jalan pesisir yang akan menjadi laluan kedua utama bagi negeri Sarawak juga merupakan salah satu komponen dalam rancangan Bandar Baharu Sebuyau dan juga akan dijadikan R&R Sebuyau apabila siap kelak,” jelas beliau lagi.

    Kerja-kerja menyiapkan bangunan Chalet Sebuyau sedang rancak dijalankan oleh kontraktor baharu yang dilantik

    Untuk rekod, Chalet Sebuyau yang ditenderkan semula dan dijangka siap dalam tempoh 9 bulan serta menelan kos sebanyak RM4.9 juta merupakan projek rakyat yang telah diluluskan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Chalet itu nanti dijangka mampu merancakkan sektor ekonomi dan pelancongan di kawasan Sebuyau dan sekitarnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelantikan SEB sebagai penaung Majlis Tenaga Dunia bukti Sarawak diiktiraf di...

    0
    ABU DHABI, 07 NOVEMBER 2024: Pelantikan Sarawak Energy Berhad (SEB), syarikat utiliti milik Sarawak sebagai penaung global Majlis Tenaga Dunia (WEC) bukti dunia kini...