More
    Home Malaysia ADUN Jemoreng sumbang daging korban kepada lebih 5,000 KIR sempena Hari Raya...

    ADUN Jemoreng sumbang daging korban kepada lebih 5,000 KIR sempena Hari Raya Aidiladha

    MATU, 16 JUN 2024: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Mursyid DiRaja Datuk Dr Juanda Jaya meneruskan tradisi tahunan, Program Agihan Daging Sempena Hari Raya Aidiladha kepada seramai 5,200 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasannya.

    Program kali ke-10 itu telah menyaksikan sejumlah 10 tan, 400 kg (10,400kg) daging lembu diagihkan kepada KIR di kawasan DUN Jemoreng tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama serta kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kawasan tersebut.

    Difahamkan, jumlah KIR kali ini bertambah hasil kemaskini oleh Pejabat Daerah Matu dengan kerjasama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) iaitu dari 5000 KIR kepada 5200 KIR sekali gus menjadikan agihan turut bertambah dari 10 tan pada program agihan ke-9 kepada 10 tan 400kg pada agihan kali ini.

    Datuk Dr Juanda Jaya ketika turut hadir sama menyaksikan penyerahan sumbangan daging korban kepada KIR BAGI dun Jemoreng-foto UKAS

    Program agihan daging yang berlangsung di pekarangan Masjid Daerah matu itu secara tidak langsung menuntut kerjasama penduduk kampung dalam mengagihkan segala bantuan dan dapat mengeratkan lagi kerjasama serta persaudaraan dikalangan penduduk kampung.

    Kegembiraan turut jelas terpancar di wajah penduduk kampung yang menerima daging ini dan mereka mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr Juanda di atas sumbangan berkenaan.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read