More
    Home Malaysia ADUN Jemoreng mahu lebih ramai generasi celik Al-Quran di kawasan Matu

    ADUN Jemoreng mahu lebih ramai generasi celik Al-Quran di kawasan Matu

    MATU, 19 FEBRUARI 2023 (SNN): Madrasah Abdul Latip, Kampung Pergau Matu di sini telah mewujudkan Kelas Mengaji Al-Quran dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi yang bukan hanya boleh menguasai Al-Quran tapi memahami makna isi Al-Quran.

    Kelas Al-Quran percuma ini menerima penyertaan yang memberangsangkan dari pelbagai golongan usia di mana pada majlis tersebut seramai 77 kanak-kanak dan 44 dewasa masing-masing menerima buku iqra, sejadah, senaskah Al-Quran dan rehal untuk kegunaan kelas mengaji itu nanti.

    Ia bermula dengan penduduk Pergau dan kampung terdekat sebagai permulaan dan kelas mengaji ini nanti akan diteruskan di kawasan lain pada masa akan datang.

    Kelas tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng; Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya pada Sabtu.

    Pelbagai lapisan masyarakat hadir untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti kelas Al-Quran berkenaan.

    Menurut beliau, kelas ini akan diuruskan oleh Jawatankuasa Masjid dan surau kampung masing-masing di mana tenaga pengajar terdiri daripada guru-guru agama dari sekolah kawasan ini.

    Sehubungan itu, beliau yang hadir semasa membuat lawatan kerja di Matu menyeru agar masyarakat terus konsisten hadir menyertai kelas tersebut.

    Terdahulu, Dr Juanda mengadakan lawatan di Kampung Tian, Matu bagi mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai bersama penduduk di situ.

    Difahamkan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama pihak Majlis Daerah Matu Dan Daro (MDMD) bekerjasama dalam aktiviti tersebut bagi meluaskan lagi sungai dan mengindahkan lagi suasana kampung.

    Selepas itu, Dr Juanda melawat beberapa buah rumah yang dibaikpulih di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP)-Projek Perumahan Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang telah siap antaranya di Kampung Treng, Kampung Halud dan Kampung Pergau Matu.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...