More
    Home Sarawak Kuching ADUN Demak Laut santuni anak-anak yatim zon Tabuan Melayu

    ADUN Demak Laut santuni anak-anak yatim zon Tabuan Melayu

    KUCHING, 29 MAC 2025: Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni menyantuni anak-anak yatim dari zon Tabuan Melayu dalam majlis Penyerahan Sedekah Anak Yatim yang berlangsung di Masjid Darus Sa’adah, Kampung Tabuan Hilir pada Khamis.

    Sumbangan tersebut disampaikan kepada anak-anak yatim dari Kampung Tabuan Lama 1 &2, Kampung Tabuan Cemerlang, Kampung Tabuan Selipar Putus, Kampung Tabuan Tengah, Kampung Tabuan Lot 1 & 2, Tabuan Park Muara Tabuan, Samajaya Muara Tabuan dan Kampung Tabuan Dani.

    Datuk Dr Hazland merakam gamabr bersama anak-anak yatim di zon Tabuan Melayu-foto UKAS

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut itu telah menyerahkan sumbangan raya berbentuk wang tunai dan pakaian Raya kepada 91 anak yatim daripada 10 kampung dari Zon Tabuan Melayu.

    Beliau berharap sumbangan ini akan menceriakan mereka dalam suasana Ramadan yang penuh kemuliaan.

    Turut hadir sama ialah pemimpin masyarakat setempat, termasuk Penghulu, Ketua Kaum, Ketua Ranting, dan Ketua Wanita Zon Tabuan, serta Pengerusi dan ahli jawatankuasa Masjid Darus Sa’adah-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak & Premier menunaikan Solat Sunat Aidilfitri...

    0
    KUCHING, 31 MAC 2025: Ketibaan 1 Syawal disambut umat Islam dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di seluruh negara pada hari...