More
    Home Sarawak Betong ADUN Beting Maro mohon kerajaan pertimbang naiktaraf Klinik Kesihatan Pusa atau Beladin...

    ADUN Beting Maro mohon kerajaan pertimbang naiktaraf Klinik Kesihatan Pusa atau Beladin sebagai Hospital

    KUCHING, 26 NOVEMBER 2022 (SNN): Klinik Kesihatan Pusa atau Klinik Kesihatan Beladin dicadangkan supaya dinaik taraf sebagai hospital.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor berkata, ia adalah bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada penduduk kawasan Beting Maro.

    “Klinik Kesihatan yang bertaraf hospital akan dapat menyedia lebih banyak perkhidmatan seperti perkhidmatan X-ray dan ujian makmal yang sangat diperlukan untuk pemeriksaan kesihatan yang lebih lengkap dan menyeluruh,”katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan Sarawak 2023 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 pada Jumaat.

    Razaili menjelaskan, pada ketika ini, pesakit di kawasan itu terpaksa dirujuk ke Hospital Betong dan Sarikei bagi mendapat perkhidmatan lanjutan.

    Dalam pada itu, beliau turut memohon agar pusat Hemodialisis disediakan di Klinik Kesihatan Beladin berikutan pertambahan pesakit buah pinggang.

    “Saya merayu dan mohon supaya Pusat Hemodialisis disediakan di Klinik Kesihatan Beladin bagi memudah pesakit buah pinggang mendapat rawatan yang lebih dekat berbanding terpaksa pergi 70 km ke Pusat Hemodialysis di Klinik Kesihatan Debak,” jelas Razaili lagi.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan Wisma Melayu dijangka siap sepenuhnya pada tahun ini-Awang Tengah

    0
    KUCHING, 01 MAC 2025 (SNN): Projek pembinaan Wisma Melayu di Jalan Diplomatik, Petra Jaya yang akan menjadi mercu tanda kebudayaan masyarakat Melayu Sarawak kini...