More
    Home Sarawak Kuching Abang Johari angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-7

    Abang Johari angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-7

    KUCHING, 19 DISEMBER 2021 (SNN) : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ketujuh selepas GPS kembali berkuasa mentadbir negeri ini untuk penggal ke-12 berturut-turut selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.

    Abang Johari, 71, mengangkat sumpah jawatannya itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini, pada jam 10.40 malam tadi selepas GPS menyapu bersih 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) ini, sekaligus mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

    Turut hadir ialah Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan isteri Abang Johari, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan pemimpin parti komponen GPS.

    Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri ke-7 di hadapan TYT di ASTANA selepas pengumuman rasmi GPS menang besar di BCCK.

    Ini adalah merupakan kali pertama Abang Johari menerima mandat daripada rakyat untuk menerajui kerajaan Sarawak, selepas mengambil alih kepimpinan daripada allahyarham Pehin Sri Adenan Satem pada 13 Januari 2017 yang telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

    Pada PRN-12 ini, Abang Johari turut memenangi kerusi DUN Gedong yang pertama kali ditandinginya selepas menewaskan Mohamad Sofian Fariz Sharbini dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Kamal Bujang (Parti Amanah Negara – Amanah) dan Tomson Ango (Parti Bumi Kenyalang – PBK) dengan majoriti 3,607 undi. Abang Johari memperoleh 4,310 undi manakala Mohamad Sofian mendapat 703 undi, Tomson 157 undi dan Kamal 94 undi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Yayasan Wakaf Sarawak dalam memperkukuh ekonomi Islam...

    0
    KUCHING, 30 JANUARI 2025: Penubuhan Yayasan Wakaf Sarawak adalah salah satu inisiatif utama kerajaan Sarawak dalam memanfaatkan konsep wakaf untuk pembangunan masyarakat Islam dan...