More
    Home Sarawak Kuching Abang Jo mahu rakyat Sarawak dilengkapkan dengan ilmu digital moden seiring dengan...

    Abang Jo mahu rakyat Sarawak dilengkapkan dengan ilmu digital moden seiring dengan misi pendigitalan ekonomi Sarawak

    KUCHING, 22 JUN 2022 (SNN): Kerajaan Sarawak mengambil pendekatan holistik yang melangkaui pembinaan infrastruktur digital bagi masa depan rakyat negeri ini.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, impian itu juga selari bagi mencapai wawasan Sarawak 2030 serta objektif nasional di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital).

    Menurut beliau, menerusi kerjasama dengan Microsoft, ia adalah bagi melengkapkan rakyat Sarawak dengan kemahiran digital untuk masa hadapan seiring dengan situasi sekarang yang kebanyakannya menggunakan teknologi digital.

    “Matlamat kami adalah untuk membangunkan Sarawak menjadi sebuah negeri dengan ekonomi yang berkembang maju yang dipacu oleh data dan inovasi,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Sarawak dan Microsoft di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Selasa.

    Premier Sarawak menyaksikan penyerahan MoU kerajaan Sarawak dengan Microsoft-Foto Office of Premier Sarawak.

    Objektif utama MoU berkenaan adalah untuk untuk mempercepatkan transformasi digital dalam kerajaan Sarawak dan sektor ekonomi utama termasuk pertanian dan pembuatan, serta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di negeri ini.

    Selain itu, ia juga untuk memperkasakan sektor awam dengan kemahiran digital untuk penjawat awam melalui Inisiatif Kemahiran Perusahaan (ESI) Microsoft, dengan sijil dan kursus daripada Microsoft Learn, LinkedIn Learn dan GitHub.

    Antara agensi terlibat termasuk Unit Pemodenan Perkhidmatan Sarawak (SSMU), Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), dan Sistem Maklumat Sarawak (SAINS).-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...