More
    Home Sarawak Kuching Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak bangunkan...

    Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak bangunkan industri kredit karbon

    KUCHING, 14 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru lebih ramai akauntan tempatan menyertai usaha membangunkan industri kredit karbon negeri dengan memastikan penilaian karbon dilakukan secara telus dan berwibawa.

    Menurut Datuk Patinggi Abang Zohari lagi, bermula tahun 2026, Sarawak akan menawarkan pendidikan percuma termasuk dalam bidang kewangan dan perakaunan, di lima universiti milik negeri.

    Katanya, langkah tersebut diambil bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pakar tempatan untuk mengaudit dan mengira karbon, termasuk dalam perdagangan karbon.

    “Ramai mengaku pakar dalam menilai karbon di pasaran global, tetapi kita di Sarawak akan berpandukan piawaian Bank Dunia.

    Ketibaan YAB Premier Sarawak disambut oleh Ketua Portfolio ACCA Maritim Asia Tenggara, Andrew Lim-UKAS

    “Ini kerana kita memerlukan penilaian yang kredibel dan standard perakaunan yang boleh dipercayai, supaya kita tidak menipu orang. Sekali menipu, keyakinan terhadap kita akan hilang,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penghargaan Stakeholders Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia, pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Abang Johari turut menekankan kepentingan akauntan untuk memahami konsep nilai karbon yang tidak ketara tetapi kritikal bagi industri ini.

    Turut hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia; Manohar Benjamin Johnson, Peter Chiam dan Datuk Peter Nansian Ngusie-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak...

    0
    KUCHING, 14 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru lebih ramai akauntan tempatan...