More
    Home Malaysia Aaron Ago Dagang dan Julaihi Narawi antara 123 penerima Darjah Kebesaran, Bintang...

    Aaron Ago Dagang dan Julaihi Narawi antara 123 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak

    KUCHING, 16 FEBRUARI 2024: Seramai 123 orang penerima dikurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat dalam Istiadat Pengurnian Darjah Kebesaran Negeri Sarawak oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Wan Tuanku Jaafar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis.

    Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) yang membawa gelaran ‘Dato Sri’ dikurniakan kepada 10 orang penerima iaitu Menteri Perpaduan Negara; Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri di Jabatan Premier Sarawak; Dato Sri John Sikei Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak; Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Tan Sri Dato Sri Panglima Sulong Matjeraie, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Tan Sri Dato Sri Azam Baki, bekas Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi; Dato Sri Wahab Dolah, bekas Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Dato Sri Mohamad Naroden Majais, bekas Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak; Dato Sri Abdul Ghafur Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Persahabatan Malaysia Turki; Dato Sri Dr Qamarul Naim Mohamad Faizal.

    TYT Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Wan Tuanku Jaafar mengurniakan darjah kebesaran kepada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi-foto UKAS

    Dalam pada itu, seramai 12 orang penerima lagi dikurniakan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (P.G.B.K.) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

    Mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera); Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak; Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman); Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak; Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak; Datuk Maclaine Ben @ Martin Ben, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak; Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak; Datuk Ricky @ Mohamad Razi Sitam, bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak; Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad; Datuk Sharbini Suhaili, bekas duta UAE ke Malaysia; Datuk Khalid Ghanim Mohammad Alghaith (Kehormat) dan bekas Ahli Parlimen Rajang; Datuk Jawan Empaling.

    Sementara itu, Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S.) yang membawa gelaran ‘Datu’ pula dianugerahkan kepada 11 penerima iaitu Timbalan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak; Datu Hasmawati Sapawi, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak; Datu Azmi Bujang, Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak; Datu Chiew Chee Yau, Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak; Datu Felicia Tan Ya Hua, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak; Datu Lester Matthew, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak; Datu Ir. Richard Tajan, Akauntan Negeri Sarawak; Datu Elean Masa’at, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak; Datu Ir. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak; Datu Khalidi Ibrahim, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak; Datu Dr Adrian Susin Ambud dan Residen Bahagian Sibu; Datu Wong Hee Sieng.

    Dalam pada itu, seramai 21 penerima lagi dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) yang membawa gelaran ‘Dato’.

    Mereka ialah Timbalan Menteri Kesihatan; Dato Lukanisman Awang Sauni, Setiausaha Persekutuan Sarawak; Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan; Dato Dennis Ngau, ADUN Batu Danau; Dato Paulus Palu Gumbang, ADUN Batu Kitang; Dato Ir.Lo Khere Chiang, Dato Mohamad Trang Isa, Dato Abdul Rahman Sebli Senusi, Dato Abang Shamsuddin Abang Seruji, Dato Mohamad Ibrahim, Major General Hassan Embong, Dato Abang Affendi Abang Annuar, Dato Halmi Hazmi, Dato Dr Sadiah Abd Samat, Dato Dr Kalwinder Singh Khaira, Dato Syed Mohd Hussain Wan Abdul Rahman, Dato Dr Yeo Tiong Chia, Dato Temenggong Harrison Lading Lunsa, Dato Lt Kol (B) Anwar Basha Khan Zakaria, Dato Janin Girie, Dato Alhadi Ibrahim dan Dato Abang Noordin Abang Zainuddin.

    Dalam istiadat tersebut turut dikurniakan dua orang penerima pingat Johan Bintang Kenyalang (J.B.K), dua penerima Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C.), 22 menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C), Johan Bintang Sarawak (J.B.S.), lima orang menerima Johan Bintang Kenyalang (J.B.K) dua penerima Johan Perkhidmatan Cemerlang (J.P.C.), 22 menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C), 17 menerima Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S.), 11 Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K.) dan 15 Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B.).

    Turut hadir dalam istiadat tersebut ialah isteri Yang Di-Pertua Negeri Sarawak; Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak; Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...