More
    Home Malaysia UCTS kini milik sepenuhnya kerajaan Sarawak pemacu pendidikan tinggi di negeri ini.

    UCTS kini milik sepenuhnya kerajaan Sarawak pemacu pendidikan tinggi di negeri ini.

    SIBU, 11 NOVEMBER 2021 (SNN) : Bidang pendidikan tinggi di Sarawak memasuki fasa baharu apabila Sarawak menempa sejarah dengan penganugerahan status universiti penuh University College of Technology Sarawak (UCTS) yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Sarawak (UTS) oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia pada hujung tahun lepas

    Ketua Menteri Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, status itu yang telah berkuatkuasa pada 8 November 2021 merupakan pencapaian utama kepada pendidikan tinggi di Sarawak. Sehubungan itu pihak kerajaan negeri akan memberi komitmen dengan menyalurkan pembiayaan pendidikan membabitkan sokongan untuk operasi dan kewangan universiti berkenaan.

    “Kerajaan Sarawak akan menyediakan beberapa insentif kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di UTS. Antaranya adalah UTS Foundation Scholarship yang diberikan dalam bentuk yuran pengajian RM10,000 kepada setiap pelajar yang berjumlah antara RM4.5 juta hingga RM 7 juta setahun dan UTS Undergraduate and Postgraduate Scholarship dengan pengurangan 50 peratus yuran pengajian dengan sumbangan sebanyak RM17.2 juta hingga RM27 juta setahun.

    “Selain itu, UTS Bursary Scheme juga akan diperkenalkan untuk warga Sarawak kategori B40 dan M40 untuk membantu pengurangan 80 peratus yuran pengajian dan diberikan kepada masing-masing 100 pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera yang melibatkan dana sebanyak RM3 juta setahun,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran UTS di Sibu pada Rabu.

    Ketua Menteri menyempurnakan majlis sebagai tanda UTS kini milik sepenuhnya kerajaan Sarawak.

    Ketua Menteri menambah, pengiktirafan tersebut merupakan bukti dan menunjukkan komitmen yang tinggi Kerajaan Sarawak dalam menyalurkan pembiayaan pendidikan khususnya sokongan dari segi operasi dan kewangan universiti. UTS merupakan sebuah institusi yang memberi fokus kepada penyelidikan dan inovasi dalam pembangunan masyarakat untuk menerajui Sarawak sebagai negeri yang majupada 2030 dan pendigitalan di Sarawak.

    “Kita juga memberi ruang kepada pelajar kita yang kurang bernasib baik kerana kos untuk mendapat pengajian seperti ini adalah tinggi. Jadi dengan itu Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan insentif dan biasiswa ini kerana UTS adalah milik Sarawak,” jelasnya.

    Dalam pada itu, Ketua Menteri menambah, Kursi Penyelidikan UTS akan diwujudkan sempena nama Datuk Patinggi Dr Wong Soon Kai bagi tujuan penyelidikan khususnya berkaitan teknologi. Namun jelasnya, ia belum mendapat persetujuan daripada keluarga Datuk Patinggi Dr Wong Soon Kai bagi tujuan tersebut.

    Turut hadir sama Pengerusi UTS; Dr. Annuar Rapaee.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...