SEBUYAU, 01 JULAI 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berpuas hati melihat keadaan jalan menghubung ke Kampung Pantu Plaie yang telah siap sepenuhnya.
Lawatan beliau bersama rombongan ke kampung berkenaan pada Rabu jelas menampakkan keadaan jalan berturap sepanjang 3.5 Kilometer itu memberi manfaat yang cuiup besar kepada penduduk kampung disekitarnya. Tambahan lagi, kedudukan kampung yang terletak di tepi laluan jalan pesisir utama Simunjan-Sebuyau akan membantu meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
Menurut beliau, Kampung Pantu Plaie yang diketuai oleh Tuai Rumah Senen Ak Mejang itu mempunyai 29 buah rumah dengan jumlah penduduknya seramai 135 orang. Keadaan kampung yang cantik ditambah lagi udara yang segar jelas memberi gambaran yang menyenangkan ketika datang ke sana.
Hadir sama mengiringi Residen Bhg Samarahan; Hj Berahim Lumpu, SAO Ajis Ahmad dan Penghulu Merum ak Babu.