More
    Home Ceroboh ruang udara Malaysia, Duta Besar China ke Malaysia dipanggil beri penjelasan

    Ceroboh ruang udara Malaysia, Duta Besar China ke Malaysia dipanggil beri penjelasan

    KUCHING, 02 JUN 2021 (SNN) : Menteri Luar Malaysia Datuk Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan semalam memberitahu, akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk tampil memberi penjelasan berhubung pelanggaran ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat milik Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) pada 01 Jun 2021.

    Katanya, pendirian Malaysia jelas mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara dan tidak bermakna akan berkompromi berkaitan keselamatan negara kita.

    “Melalui pejabat Kementerian Luar Malaysia kita akan keluarkan nota diplomatik kepada kerajaan China sebagai bantahan pencerobohan tentera udara China yang memasuki ruangan udara Malaysia.

    “Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah serta kedaulatan negara ini dan saya akan menyatakan kebimbangan serius Malaysia berkenaan insiden ini kepada rakan sejawat di China,”katanya dalam kenyataan itu.

    Terdahulu, Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad berkata, TUDM mengesan 16 pesawat PLAAF memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruangan udara nasional.

    Hasil pemintasan udara yang dilancarkan oleh TUDM semalam mendapati pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis Ilyushin II-76 yang merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi.

    Ujarnya, penerbangan mencurigakan pesawat PLAAF itu dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak pada 11.53 pagi semalam.

    Pemintasan yang dilakukan oleh TUDM semalam keatas pesawat milik kerajaan China

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...