KUCHING, 20 MEI 2021 (SNN) : Beberapa hari yang lalu tular satu klip video memaparkan orang ramai mengerumuni di perkarangan sebuah rumah di Taman Sukma Kuching selepas seorang remaja memuat naik satu video yang dikatakan mencabar netizen bertumbuk dengannya.
Dalam kejadian itu, dikatakan remaja berkenaan mengeluarkan satu kenyataan kontroversi terhadap netizen yang tidak sependapat dengan pandangannya mengenai konflik diantara Palestin-Israel yang dirakam sekitar jam 1 pagi pada 17 Mei 2021 lalu.
Video berdurasi pendek itu menjelaskan pelaku menyatakan pandangan dan sokongan terhadap konflik yang berlaku di Palestin dan mengingatkan netizen yang menonton agar menyelidik punca disebalik tercetusnya konflik berkenaan.
“Kalau korang nak jual agama (sambil menunjukkan kitab suci Al-Quran) untuk meraih simpati dengan point bodoh korang itu, pastikan korang dah kaji dahulu dari awal sampai hujung, barulah buka mulut dan luahkan pandangan korang dengan ilmu dan aku.
“Kalau otak korang masih kosong, tak payah datang dekat buka mulut dan luahkan pandangan bodoh korang. Make sure otak berisi sebeoum bercakap. By the way, kata-kata ini ditujukan kepada semua yang menonton dan yang terasa you are double motherf****rs.
“Kalau ada sesiapa yang rasa tak puas hati dengan apa yang aku katakan, esok boleh datang pergi Sukma, Lorong 1B (kita bertumbuk) dan bagi yang setuju dengan apa yang aku cerita tu bagus manakala yang tak setuju, f**k you people,” katanya dalam satu posting video di laman sosial Facebook.
Telajak perahu boleh diundur, telajak kata membawa padah.
Akibatnya, remaja berkenaan diserbu oleh sekumpulan lelaki yang datang kerumahnya bagi menuntut penjelasan. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi huru-hara apabila ada yang bertindak menarik si pelaku sebelum menghempuk kepalanya dengan menggunakan helmet kuning. Remaja terbabit bernasib baik kerana tampil seorang wanita yang dipercayai kekasihnya bertindak melindungi pelaku dari terus dipukul dan membawanya masuk ke dalam rumah.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, sepasukan polis telah datang ke lokasi kejadian dan membuat tangkapan ke atas remaja berkenaan yang berusia 18 tahun dan akan didakwa.
Dalam perkembangan lain, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilaporkan sedang memanrau semua platform media sosial bagi mengesan mana-mana individu atau pihak yang sengaja mengeluarkan kenyataan ataupun pandangan yang dianggap berat sebelah dalam melindungi keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan turut mendesak agar orang ramai terutama penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan platform baik di peringkat tempatan dan antarabangsa bekerjasama untuk memastikan penyebaran maklumat yang sahih, adil dan tepat.