- Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menguruskan sejumlah RM7 Bilion & 360 projek pembinaan, naik taraf dan pembaikian sistem air seluruh Sarawak.
- RM1.1 Bilion untuk Projek Penaiktarafan Paip Usang sepanjang 2,740 km bagi mengurangkan kelompangan Air Tidak Terhasil (NRW).
- Sarawak dilaporkan berada pada tahap Liputan 85%-86% liputan belakan air kawasan berpenduduk dengan 71% ialah kawasan Luar Bandar.
- Kerajaan Negeri Sarawak prihatin terhadap isu belakan air di Kampung Baru sekaligus memperuntukan sejumlah RM300 Juta untuk sistem bekalan air di Kota Samarahan.
Kuching, 7 April: YB Dato Sri Hj Julaihi Hj Narawi, Menteri Utiliti & Telekomunikasi Sarawak yang juga merupakan ADUN Sebuyau menegaskan komitmen Kerajaan Sarawak untuk mempercepatkan pembinaan dan penaiktarafan loji rawatan air seluruh Sarawak.
Tegas beliau lagi, Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari dalam proses menambah liputan sistem grid paip sedia ada ke beberapa lokasi sering berlaku aduan. Dalam pada masa yang sama, struktur-struktur paip lama yang uzur juga sedang dalam proses tender bagi pergantian baharu seluruh Sarawak.
Ujar beliau, kesemua perbelanjaan ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai iltizam untuk membela hidup rakyat, terutama warga desa dan kampung yang jauh daripada sistem grid sedia ada.
Beliau turut menegaskan komitmen Kementerian Utiliti & Telekomunikasi Sarawak (MUT) melalui agensi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Sarawak Water yang sahaja diperkemas semula baru-baru ini sentiasa memantau perkembangan dan projek-projek pemasangan paip air terawat ke kampung-kampung yang masih bermasalah.
Kementerian dalam pada ini mempunyai kerangka dasar dan operasional yang komprehensif iaitu Pelan Induk Air Sarawak (Sarawak Water Master Plan), Sistem Grid Air Sarawak ( Sarawak Water Grid System ) dan Prjek Penggantian dan Naik Taraf Paip (Pipe Replacement & Upgrading Project) di seluruh Sarawak, terutama di kawasan luar bandar.
Dari semasa ke semasa, kementerian akan sentiasa menjemput wakil-wakil rakyat tempatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan terutama warga kampung di setiap bahagian untuk melihat perkembangan projek di bahagian-bahagian di samping mendengar keluahan daripada rakyat di kampung-kampung berkenaan isu air.

Dalam laporan berlainan, Kerajaan Negeri Sarawak telah membelanja sejumlah RM300 juta untuk menaik taraf sistem bekalan air bersih bagi daerah Samarahan. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Ahli Parlimen yang juga Ahli Parlimen Samarahan ,YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang menjelaskan, kesemua projek ini akan bermula penghujung April tahun ini dan dijangka siap pada April tahun harapan.
Katanya, Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun ini akan menekankan kepada penyusunan semual sistem grid air seluruh Sarawak bagi memastikan pengagihan ialah adil termasuk memperkenalkan tiga sumber utama saluran paip bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu sumber. Pendekatan ini akan digunakan bagi projek-projek loji rawatan air baharu bermula April ini.



