More
    Home Dunia Premier Sarawak mulakan lawatan kerja rasmi empat hari di Abu Dhabi

    Premier Sarawak mulakan lawatan kerja rasmi empat hari di Abu Dhabi

    ABU DHABI, 05 NOVEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memulakan lawatan kerja rasmi selama empat hari bermula pada 4 hingga 7 November ini.

    Pesawat khas yang membawa beliau bersama delegasi Kerajaan Sarawak tiba di Lapangan Terbang Eksekutif Al Bateen kira-kira jam 1.50 petang waktu tempatan dan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke UAE, Tengku Dato’ Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.

    Mengiringi Datuk Patinggi Abang Zohari ialah, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

    Turut serta sama Pengerusi Petroleum Sarawak Berhad (PETROS); Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC); Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB; Datuk Sharbini Suhaili, serta pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri.

    Ketibaan Premier Sarawak dan deligasi disambut wakil Pegawai Protokol ADNOC, Ahmeed Almansoori-UKAS

    Difahamkan, Premier Sarawak akan memulakan rangka kerjanya pada Selasa dengan mengunjungi Bandaraya Masdar, yang dijana sepenuhnya oleh tenaga solar, yang terletak kira-kira 30km dari Abu Dhabi.

    Beliau kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Sarawak Energy Berhad (SEB), Abu Dhabi Future Energy Company (PSJC) dan Gentari.

    Kerjasama strategik ini memberi tumpuan kepada meneroka potensi untuk membangunkan projek solar terapung photovoltaic (PV) terbesar di dunia, dengan kapasiti hingga 1 gigawatt di Empangan Murum.

    Pada Rabu, Premier Sarawak dijadual menghadiri Pameran & Persidangan Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC) 2024 di Pusat ADNEC di sini dan juga akan menyertai sesi perbincangan tumpuan berkenaan Peranan Asia Dalam Menentukan Pasaran Hidrogen bersama beberapa panel jemputan lain.

    Pada sebelah petang pula, Premier Sarawak dijadual menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Mubadala Energy bagi membantu mempromosikan pemuliharaan, perlindungan, penjanaan semula dan peningkatan biodiversiti.

    Di samping itu, ia turut melibatkan pembangunan rangka kerja kedua pihak meneroka peluang di kawasan yang diuruskan oleh SFC yang sesuai untuk melaksanakan pemuliharaan bakau di Taman Negara Kuching Wetland dan mengenal pasti projek pemuliharaan berpotensi lain.

    Premier Sarawak akan mengakhiri rangka kerjanya dengan mengadakan pertemuan bersama barisan Eksekutif Mubadala Energy yang diketuai CEO merangkap Pengarah Urusannya, Sheikh Mansoor Mohamed Al Hamed.

    Pertemuan itu nanti dijangka akan membincangkan mengenai Hala Tuju Gas Sarawak atau Sarawak Gas Roadmap dan peluang pelaburan Mubadala Energy di Sarawak.

    Beliau bersama delegasi dijangka berangkat pulang ke Sarawak pada 8 November ini-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...