More
    Home Malaysia Sarawak perkukuh kerjasama dengan Brunei melalui STATOB meterai pelaburan RM6 bilion

    Sarawak perkukuh kerjasama dengan Brunei melalui STATOB meterai pelaburan RM6 bilion

    BANDAR SERI BEGAWAN, 04 OKTOBER 2024: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) telah ditubuhkan secara rasmi di Pavo Point bagi mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara Sarawak dan Brunei Darussalam.

    Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, STATOB akan berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan perdagangan dan budaya, serta membuka peluang baru dalam sektor ekonomi dan pelancongan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

    Menurut beliau, inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan komitmen Sarawak untuk memupuk kerjasama yang lebih erat dengan negara jiran, tetapi juga menggambarkan keinginan untuk meningkatkan integrasi serantau di Asia Tenggara.

    Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Zohari ketika berucap merasmikan STATOB memaklumkan Kerajaan Sarawak akan melaburkan RM6 bilion atau USD 1.4 bilion untuk menaiktaraf perhubungan jalan raya dari Miri ke Lawas.

    Projek ini katanya, diyakini memudahkan perjalanan ke bahagian lain di Sarawak melalui Brunei.

    YAB Premier Sarawak berkesempatan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Biodiversity Council dengan Syarikat Asnika Of Brunei, Persekutuan Peniaga-Peniaga Melayu Brunei dengan Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak Malaysia serta Sarawak Entrepreneur Association dengan Young Entrepreneur Association Brunei.-UKAS

    “Sebenarnya perhubungan ini dari ASEAN Bridge di Miri terus ke Brunei, lalu menuju Limbang dan Lawas. Ia juga akan melingkungi kawasan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) Mulu.

    “Kita mempunyai jalan baru di antara Marudi dan ke Long Terawan, yang seterusnya menyambungkan jalan di Limbang bermakna dengan adanya sambungan jalan ini, kita dapat mencipta satu rangkaian yang bulat di seluruh kawasan tersebut yang memudahkan pelawat datang berkunjung ke Brunei dan Sarawak ,”katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian.

    Mengulas lanjut, Datuk Patinggi Abang Zohari memberitahu, penjajaran bagi projek tersebut telah dikenal pasti dan ia dijadualkan siap menjelang 2030.

    “Kerja-kerja dijangka bermula tahun hadapan dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam tahun untuk siap, memandangkan jalan menuju ke kawasan Limbang dan Lawas bertingkat dan terletak di sisi gunung.

    “Kita tidak mahu memotong gunung demi menjaga ekosistem dan pemandangan yang baik,”ujar beliau.

    Hadir sama meraikan detik bersejarah itu ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak; Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak; Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak; Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Premier Sarawak; Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Pengangkutan Sarawak; Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Peguam Besar Sarawak; Datu Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Sarawak; Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar serta Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) dan Datu Hii Chang Kee (Operasi).

    Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan II Brunei Darussalam; Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Halbi Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi II; Dato Seri Setia Dr. Awang Mohd Amin Liew Abdullah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam; Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Brunei Darussalam; Dato Seri Setia Dr Abdul Manaf Metussin dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei Darussalam; Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Pengiran Dato Paduka Mustapha.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...