More
    Home Malaysia Wartawan bebas jalankan tugas dengan integriti tanpa campur tangan daripada pihak yang...

    Wartawan bebas jalankan tugas dengan integriti tanpa campur tangan daripada pihak yang memiliki kepentingan tertentu

    KUCHING, 24 MEI 2024: Pengamal media atau wartawan mempunyai kebebasan untuk menjalankan tugas mereka dengan integriti tanpa perlu berhadapan tekanan atau campur tangan daripada pihak yang memiliki kepentingan tertentu.

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau memandang serius perkara ini dan sentiasa berpendirian bahawa seseorang wartawan itu berhak untuk membuat sesuatu laporan dalam memastikan maklumat yang tepat dan telus dapat diakses oleh orang ramai.

    “Saya tidak bersetuju dan saya kecam sebarang tindakan untuk mengugut atau mengancam keselamatan wartawan disamping kita juga perlu sentiasa menjaga adab dan akhlak, dan dalam masa sama harus juga melihat akan peranan wartawan itu sangat penting.

    “Walaupun kita tidak setuju dengan sesuatu laporan itu, tapi secara umumnya ada cara terbaik untuk membalas, dan gunakan ruang itu untuk memberi pandangan, janganlah sehingga kita melakukan sebarang tindakan luar dari lunas undang-undang,” katanya ketika ditemubual media UKAS selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, di sini pada Jumaat.

    Perkara tersebut disentuh berhubung dakwaan daripada Presiden Persatuan Wartawan India Malaysia (MIJA), Gunalan Maniam yang menyatakan bahawa beberapa wartawan portal Tamil dikatakan menjadi mangsa serangan fitnah oleh pemimpin dan ahli politik.

    “Saya belum mendapat maklumat penuh mengenai insiden tersebut, tetapi saya telah meminta beberapa maklumat disampaikan kepada saya. Saya bersedia untuk bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu wartawan yang didakwa diancam dan pihak yang didakwa mengancam.

    “Jadi, saya ingin betul-betul memahami dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku dan sebaik mungkin akan mencari penyelesaiannya,” tegas beliau.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...