More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak setuju Prosedur Pusat Jagaan Kanak-Kanak diperketatkan lagi

    Kerajaan Sarawak setuju Prosedur Pusat Jagaan Kanak-Kanak diperketatkan lagi

    KUCHING, 02 APRIL 2024: Kerajaan Sarawak bersetuju akan menyemak semula prosedur penjagaan kanak-kanak di negeri ini dengan lebih ketat dan komprehensif supaya dapat mencegah sebarang kemungkinan isu di pusat jagaan kanak-kanak di negeri ini.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, walaupun setakat ini belum ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di negeri ini namun kita perlu mengambil langkah yang lebih efisen supaya isu-isu berkaitan tidak timbul.

    “Secara peribadinya di peringkat kementerian kita menyokong dan bersetuju dengan apa sahaja perancangan dan semakan semula ke atas peraturan yang sepatutnya mampu menjadikan pusat penjagaan berkaitan lebih dipercayai.

    “Setakat ini belum ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di Sarawak,” katanya ketika diminta mengulas isu tular di laman sosial berkenaan dengan kes penderaan kanak-kanak yang seharusnya diberi perhatian dan tindakan yang lebih serius.

    Datuk Mohammad Razi Sitam ketika ditemui media pada Program Drive-Thru Ramadan Kasih@RTM di Kuching-foto UKAS

    Dalam pada itu, Datuk Mohammad Razi yang juga Ketua Kontinjen Sarawak untuk Para SUKMA turut mengalu-alukan bekas atlet paralimpik untuk menjadi jurulatih renang.

    Ujarnya, kerajaan tidak ada halangan untuk mana-mana bekas atlet untuk menawarkan diri menjadi jurulatih.

    “Walaupun mereka perlu melalui prosedur-prosedur yang telah ditetapkan, kelayakan mereka harus diberi peluang sebab ada kategori tertentu yang dipenuhi oleh seorang jurulatih paralimpik SUKMA ataupun jurulatih atlet normal,” jelasnya.

    Dalam Program Drive-Thru Ramadan Kasih@RTM di Bangunan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching, sebanyak 5,000 bubur lambuk dan bubur pedas berjaya diagihkan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...