More
    Home Sarawak Kuching Kerajaan Sarawak sedia bantu Kerajaan Pusat percepatkan usaha perluasan liputan internet seluruh...

    Kerajaan Sarawak sedia bantu Kerajaan Pusat percepatkan usaha perluasan liputan internet seluruh negeri-Julaihi

    KUCHING, 31 MEI 2023 (SNN): Dalam usaha menambah baik dan mempercepatkan perluasan liputan internet terutama di kawasan luar bandar Kerajaan Sarawak bersedia untuk membantu Kerajaan Persekutuan melalui penyediaan infrastruktur.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dalam kenyataannya memberitahu, menara-menara tersebut telah dibina oleh pelbagai pihak termasuk oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) melalui inisiatif Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

    “Menara itu juga adalah sebahagian dari 7,000 buah menara yang diperlukan Sarawak untuk mencapai liputan menyeluruh.

    “Kedua-dua menara SMART dan JENDELA ini dirancang dan dibina untuk saling melengkapi antara satu sama lain di seluruh kawasan luar bandar Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

    Kenyataan media rasmi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada Selasa.

    Julaihi yang juga ADUN Sebuyau menambah, penyediaan infrastruktur digital amat penting untuk membolehkan transformasi digital menjadi realiti. Atas keperluan tersebut Kerajaan Sarawak melaksanakan inisiatif Sarawak Linking Urban, Rural and Natiuon (SALURAN) dengan peruntukan sebanyak RM1.89 bilion.

    “Inisiatif SALURAN yang dilaksanakan ini termasuklah melaksanakan skop kerja dan perkhidmatan Wifi SALURAN, MySRBN, Digital Socio Economy (DSE), Sebauh High Speed Open Broadband Network, Naiktaraf kapasiti internet di Long San dan Pemasangan menara dan peralatan telekomunikasi SMA.

    Sementara itu, mengulas mengenai SMART, Datuk Julaihi berkata sebanyak 600 pembinaan menara di bawah inisiatif itu yang terdiri daripada pelbagai ketinggian dan reka bentuk berdepan dengan pelbagai cabaran.

    Katanya, antara cabaran utama adalah kedudukan penempatan di kawasan luar bandar yang terpencil dan berselerak selain kawasan luar bandar yang kurang mendapat sambutan dari pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

    “Keseluruhan menara SMART fasa pertama akan dijangka beroperasi sepenuhnya atau ‘on-air’ pada suku ketiga tahun ini. Pada masa yang sama, fasa kedua menara SMART yang juga melibatkan pembinaan 300 buah menara sedang giat dilaksanakan dalam pelbagai peringkat dan dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2024,” tambah beliau lagi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak guna teknologi terkini fokus jana ekonomi berteraskan air

    0
    KUCHING, 23 OKTOBER 2024: Sarawak kini memberi tumpuan kepada pengurusan air yang mampan serta penggunaan teknologi terkini dalam usaha memperkukuhkan ekonomi berteraskan air. Premier Sarawak,...