More
    Home Sarawak Kuching Hebahan Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai di AKYBMS

    Hebahan Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai di AKYBMS

    KUCHING, 11 JANUARI 2022 (SNN): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) memperlawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 24 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

    Jawatan: Penolong Pegawai AKYBMS
    Syarat Lantikan: Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

    I. Terdiri daripada Warganeraga Malaysia yang bermastautin di Sarawak, beragama Islam dan berbangsa Melayu Sarawak.
    II. Sihat tubuh badan
    III. Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
    IV. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Matematik dan Bahasa Inggeris peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    V. Berkebolehan dalam menggunakan perisian Microsoft Office.

    Syarat tambahan:
    I. Memiliki integriti yang tinggi, keperibadian yang dinamik, proaktif, amanah dan boleh bekerja dalam kumpulan dengan baik.
    II. Mempunyai bakat tambahan adalah satu kelebihan
    III. Mampu bekerja secara multitasking

    Cara memohon:
    • Permohonan hendaklah disertakan dengan resume, salinan kad pengenalan, sijil-sijil atau dokumen-dokumen yang telah disahkan termasuk gambar berukuran passport yang terkini dan dialamatkan kepada:

    Pengurus Besar
    Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak
    Jalan Rodway, 93000, Kuching Sarawak
    No Tel: 082-239 460
    No. Faks: 082-255 731
    E-mel: admin@akybms.com

    • Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2023 (Jumaat).
    •Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Abang Jo harap lebih ramai akauntan tempatan sertai usaha Kerajaan Sarawak...

    0
    KUCHING, 14 DISEMBER 2024: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyeru lebih ramai akauntan tempatan...