KUCHING, 05 JANUARI 2022 (SNN): Marapati Interprise terus memperkasa belia dengan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk melanjutkan pembelajaran dalam bidang kemahiran bagi mengasah minat serta kualiti kerjaya.
Menerusi satu perkongsian di laman Marpati_Bangsal baru-baru ini, dua orang belia yang memiliki kemahiran dalam bidang fotografi mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian di GIATMARA cawangan Stampin bagi menimba lebih banyak ilmu berkait fotografri.
Difahamkan dua anak muda yang dikenali sebagai Ajiq dan Elli tersebut akan mengambil kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Teknologi Fotografi Tahap 3 selama tempoh 9 bulan di GIATMARA Stampin, Kuching.
Semoga dengan ilmu yang bakal ditimba akan memberi manfaat serta sumbangan kepada kemajuan dan halatuju Marapati_Bangsal dalam melahirkan lebih ramai generasi yang berkualiti serta berdaya saing dalam apa jua sektor kemahiran.