More
    Home Malaysia 175 mangsa telah ditempatkan di tiga PPS Kota Samarahan sejak Jumaat

    175 mangsa telah ditempatkan di tiga PPS Kota Samarahan sejak Jumaat

    KOTA SAMARAHAN, 24 DISEMBER 2022 (SNN): Seramai 175 orang mangsa banjir melibatkan 40 buah keluarga telah ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan Daerah Samarahan setakat petang Jumaat.

    Antara PPS itu adalah PPS Dewan Suarah Kota Samarahan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru dan PPS Kampung Melayu yang mana jumlah mangsa banjir di tiga PPS itu telah mencatatkan peningkatan dari 129 orang kepada 175 melibatkan seramai 47 orang lelaki, 41 perempuan, 56 kanak-kanak, 18 bayi dan 10 warga emas.

    Pegawai Daerah Samarahan, Anuar Da’an juga telah membuat tinjauan di ketiga-tiga PPS tersebut dan diberi taklimat oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengenai keadaan terkini dan peningkatan jumlah mangsa yang telah dipindahkan.

    Pihak polis membantu mangsa banjir yang ditempatkan di PPS kota Samarahan (Dewan Suarah).

    Sementara itu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang dalam satu kenyataan berkata beliau telah berhubung dengan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Samarahan, Asajaya dan Serian dan meminta agar proses pemindahan mangsa-mangsa banjir dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.

    Datuk Rubiah dalam pada itu turut meminta agar warga Parlimen Kota Samarahan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang proses pemindahan dilakukan.

    Antara agensi-agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah Samarahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM, RELA, Jabatan Bomba Dan Penyelamat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Denda kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih berat-Julaihi

    0
    MIRI, 28 OKTOBER 2024 (SNN): Hukuman denda yang dikenakan ke atas mereka yang menyebabkan kerosakan aset utiliti air wajar disemak semula dan lebih setimpal...