KUCHING, 06 OKTOBER 2022 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi mengetuai kunjungan hormat oleh Malaysia Water Association (MWA) Sarawak ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di sini, hari ini.
Kunjungan itu diadakan bersama Pengerusi MWA Sarawak Ir Chang Kuet Shian dan ahli jawatankuasa bertujuan bagi menyampaikan hasrat jemputan kepada Premier Sarawak untuk merasmi dan menyampaikan ucap utama di Persidangan Antrabangsa Borneo Mengenai Air & Kumbahan (BIWWEC) di Kuching nanti.
Terdahulu, Datuk Julaihi turutmenerima kunjungan dari Jawatankuasa MWA di pejabat beliaubagi memaklumkan serta membincangkan mengenai BIWWEC yang akan diadakan bermula 17 Oktober hingga 19 Oktober 2022 depan.
Turut hadir sama adalah kedua-dua Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Liwan Lagang dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pemangku Setiausaha Tetap (SUT); Syed Fauzi Sahab.