More
    Home Sarawak Kapit 133 buah rumah di Uma Badeng, Belaga kini menikmati bekalan elektrik dan...

    133 buah rumah di Uma Badeng, Belaga kini menikmati bekalan elektrik dan air bersih 24 jam

    BELAGA, 02 OKTOBER 2022 (SNN): Sebanyak 133 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 1,300 orang di Uma Badeng, Long Busang, Belaga kini dapat menikmati bekalan elektrik serta bekalan air bersih 24 jam.

    Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, penduduk di kawasan Uma Badeng itu kini dapat menikmati bekalan elektrik dan air bersih setelah projek Sistem Janakuasa Solar Sarawak Alternative Rural Electification Schemes (SARES) dan Sarawak Alternative Water Supply (SAWAS) telah siap sepenuhnya.

    “SARES ini dibina dengan kos sebanyak RM7 juta manakala SAWAS pula menelan kos sebanyak RM3 juta yang mana dana peruntukan adalah daripada Kerajaan Sarawak dalam usaha membekalkan kemudahan asas seperti elektrik dan air di kawasan pedalaman.

    “Usaha sebegini selain dari bekalan air melalui grid masih dilaksanakan di seluruh Sarawak terutama bagi kawasan yang agak sukar dilalui dan bentuk muka bumi yang mencabar jadi alternatif ini diambil bagi membolehkan semua rakyat Sarawak dapat menikmati bekalan air dan elektrik suatu hari kelak.

    Beliau berkata sedemikian semasa hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Hak Milik SARES dan SAWAS bertempat di Uma Badeng, Long Busang, Belaga pada Jumaat.

    Datuk Julaihi menyempurnakan Perasmian Siap Projek SARES dan SAWAS yang kini dapat membekalkan bekalan elektrik dan air kepada penduduk di Uma Badeng.

    Tambah beliau, sebagai usaha kerajaan negeri dalam memastikan seluruh rakyat Sarawak dapat menikmati bekalan elektrik sebanyak RM2.37 bilion dana telah diluluskan di bawah Projek Rakyat untuk membina substation yang merangkumi dua substation voltan tinggi (EHV), 10 substation voltan sederhana (MV), talian berpenebat voltan sederhana (MVCC) sepanjang 500 Kilometer, projek bekalan elektrik off-grid, SARES dan Rural Electification Scheme (RES) last miles untuk sambungan sehingga ke rumah pemohon.

    “Manakala RM134.6 juta juga telah diperuntukkan untuk pelaksanaan fasa kedua program SAWAS yang melibatkan 22 projek SAWAS yang akan memberi manfaat kepada 12,417 isi rumah,” ujar beliau.

    Dalam majlis yang sama, Datuk Julaihi turut meluluskan geran kerajaan sebanyak RM15 ribu untuk Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Long Busang bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

    Untuk makluman, Long Busang merupakan penempatan bagi suku kaum Kenyah yang mana terletak di kawasan pedalaman Sarawak di Hulu Belaga tidak jauh dari sempadan Sarawak/Kalimantan yang mana bentuk geografi buminya adalah berbukit.

    Turut hadir sama kedua-dua Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Liwan Lagang merangkap ADUN Belaga dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pengarah JBALB; Ir Chang, Jurutera SEB; Christopher, Residen Bahagian Kapit; En Nyurak ak Keti, Pegawai Daerah Bukit Mabong; Robert Liman, Penghulu Ulu Balui; Robinson Oso dan Ketua Kaum Long Busang; Hj Yusof Zawawi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...