More
    Home Sarawak Kuching Penganjuran ICC mampu meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan terutama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi...

    Penganjuran ICC mampu meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan terutama Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT)-Julaihi

    KUCHING, 30 SEPTEMBER 2022 (SNN): Mini Konvensyen Inovatif dan Kreatif (ICC) bertujuan untuk melonjakkan prestasi, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

    Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, pelaksanaan ICC seharusnya dijadikan satu mekanisma yang melibatkan penyelesaian masalah ataupun penambahbaikan proses kerja.

    “Pelaksanaan ICC ini juga turut memperkenalkan sesuatu yang baru agar membolehkan kita meningkatkan kualiti kerja kita dari sehari ke sehari.

    “Dalam pada itu, saya berharap agar ICC ini akan menjadi landasan untuk pegawai dan kakitangan baru melibatkan diri dengan lebih aktif lagi selain membantu dalam idea-idea baru untuk masa yang akan datang,” katanya semasa berucap dalam Majlis Penghargaan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 di Hotel Waterfront, Kuching pada Khamis.

    Mini konvensyen ICC peringkat MUT tahun 2022 yang julung kalinya telah diadakan pada 15 Ogos 2022 disertai oleh lima agensi di bawah kementerian iaitu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) LAKU Management Sdn Bhd dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

    Dalam majlis sama, seramai sembilan orang kakitangan MUT telah menerima APC 2021 yang terdiri daripada tiga penerima dari Pengurusan dan Professional, dua penerima dari sokongan 1 manakala empat penerima dari sokongan 2.

    Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti); Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi); Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Setiausaha Tetap MUT; Dato Ir. Alice Jawan Empaling.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...