More
    Home Malaysia AKYBMS santuni masyarakat Melayu di Serian dalam majlis SAMArindok Aidiladha 2022

    AKYBMS santuni masyarakat Melayu di Serian dalam majlis SAMArindok Aidiladha 2022

    SERIAN, 22 JULAI 2022 (SNN): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) pada Selasa menyantuni masyarakat Melayu di Kampung Hilir, Serian dalam satu program SAMArindok AIDILADHA 1443H/2022M bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai lalu.

    AKYMBS dalam satu kenyataan menjelaskan, acara program berkenaan merupakan acara tahunan AKYBMS sejak tahun 2016 lagi yang bertujuan bagi menyemarakkan ajaran Islam dan warisan budaya untuk membentuk bangsa Melayu Sarawak sejahtera dunia dan akhirat.

    Mewakili Pengurus Besar AKYBMS, Saudara Yusuf Jali selaku Pegawai Pendidikan, Agama dan Sosial AKYBMS berkesempatan menyempurnakan simbolik penyerahan daging qurban dan cenderamata kepada daripada AKYBMS kepada Ketua Kaum En. Morshidi bin Masnen yang mewakili pihak penganjur bersama iaiatu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Hilir Serian.

    Proses melapah dan agih daging qurban sebelum diserahkan kepada penduduk kampung.-Foto AKYBMS.

    Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan Ketua Kaum, beliau menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih bagi pihak kariah kepada AKYBMS kerana telah memilih Kampung Hilir Serian sebagai destinasi pelaksanaan program serta sumbangan seekor lembu qurban.

    Acara ini turut dihadiri seramai 23 orang ahli JKKK Kampung Hilir Serian dan beberapa orang kakitangan AKYBMS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di kedudukan yang kukuh pimpin tangani isu perubahan iklim

    0
    KUCHING, 23 JANUARI 2025: Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin dalam menangani perubahan iklim, dipandu oleh komitmen terhadap pembangunan lestari dan pelepasan...