More
    Home Sarawak Samarahan 95 asnaf di Kampung Sebuyau terima sumbangan Aidilfitri dari Datuk Julaihi

    95 asnaf di Kampung Sebuyau terima sumbangan Aidilfitri dari Datuk Julaihi

    SEBUYAU, 12 MEI 2021 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Dstuk Julaihi Narawi pada Sabtu berkesempatan menyerahkan sumbangan bersempena sambutan Aidilfitri 2021 kepada asnaf di sekitar kawasan Sebuyau.

    Dalam majlis itu seramai 95 orang asnaf yang tediri daripada penduduk Kampung Baru, Kampung Masjid, Kampung Seberang, Kampung Hilir Sebuyau, Kampung Hulu, Kampung Sawmill dan Kampung Lot Sebuyau telah menerima sumbangan yang diserahkan di Masjid Baharu pekan Sebuyau.

    Datuk Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menjaga kebajikan rakyat di bawah kawasan DUN Sebuyau terutamanya golongan yang memerlukan.

    Di majlis yang sama, Datuk Julaihi turut menyampaikan sumbangan kepada 15 orang kanak-kanak yang mengikut tadarus Al-Quran di situ disamping mengingatkan agar penduduk kawasan Sebuyau yang belum mendaftar sebegai penerima vaksin Covid-19 untuk mendaftar segera dengan menghantar maklumat diri ke Pejabat Daerah Kecil Sebuyau.

    Bacaan doa selepas majlis menyerahkan sumbangan kepada asnaf

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pendidikan awal asas utama pembentukan generasi muda cemerlang

    0
    KOTA SAMARAHAN, 09 JANUARI 2025: Pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas penting dalam membentuk generasi muda yang cemerlang. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah...