More
  • Malaysia
Home Malaysia 9 persatuan dan 12 pelajar terima geran MRP serta sumbangan melanjutkan pelajaran...

9 persatuan dan 12 pelajar terima geran MRP serta sumbangan melanjutkan pelajaran ke IPT daripada ADUN Sebuyau

SEBUYAU, 22 OGOS 2022 (SNN): Sebanyak sembilan persatuan dan jawatan kuasa serta 12 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terima geran Projek Kecul Luar Bandar (MRP) bagi tahun 2022 dan sumbangan pendidikan daripada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menyampaikan sumbangan berkenaan di Pejabat Daerah Sebuyau dimana sembilan jawatankuasa sekitar Sebuyau yang menerima adalah daripada Majlis Guru Besar Zon Sebuyau diwakili oleh Guru Besar Cikgu Hassan Jamil, Zon Sebangan diwakili Cikgu Rashid Johari, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan kebajikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tambah beliau, geran yang keseluruhannya bernilai RM117,000 berkenaan adalah merupakan sebahagian lagi dari geran tahuan 2022 yang telah diluluskan untuk kegunaan jawatankuasa melaksanakan aktiviti tahunan.

Datuk Julaihi menyampaikan sumbangan geran MRP kepada salah seorang wakil jawatankuasa di sekitar Sebuyau.

Pada majlis yang sama, Datuk Julaihi kemudian menyampaikan bantuan pendidikan kepada 12 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah yang bertujuan memberi semangat serta bantuan dari segi kewangan untuk menimba ilmu.

Antara penerima tersebut adalah Izzan Nasaruddin yang akan melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Nur Syafiqah Ibrahim yang akan mengambil Ijazah Perguruan dan Syed Abdullah Hadad Wan Yahya yang akan mengambil Ijazah Pengajian Islam.

Ujar beliau, semoga sumbangan dan bantuan yang diberikan dapat membantu mereka untuk terus menimba ilmu serta memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing.

Turut hadir sama Residen Bahagian Samarahan; Brahim Lumpu dan Pemangku Pegawai Daerah Sebuyau; Jerry Zannuddin Bidin.

Leave A Reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Must Read

Sarawak diminta eksport tenaga elektrik ke Filipina melalui Sabah

0
KUCHING, 18 FEBRUARI 2025: Kerajaan Sarawak diminta untuk mengeksport tenaga elektrik ke Filipina dari Miri melalui Sabah menerusi satu pelaksanaan projek yang dijangka bermula...