More
    Home Sarawak Betong 9 individu dikompaun Di Saratok sepanjang pelaksanaan PKP seluruh Sarawak

    9 individu dikompaun Di Saratok sepanjang pelaksanaan PKP seluruh Sarawak

    SARATOK, 04 JUN 2021 (SNN) : Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Sarawak boleh dilihat hampir kesemua lapisan masyarakat menyambut baik dan mematuhi usaha kerajaan Sarawak untuk membendung penularan wabak Covid-19.

    Namun, ada segelintirnya masih lagi ingkar dengan arahan tersebut sehingga memaksa pihak berkuasa mengeluarkan kompaun terhadap individu yang tidak dapat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Hal ini berlaku di Daerah Saratok dalam tempoh seminggu pelaksaan PKP dimana seramai 9 individu telah dikompaun pihak polis atas pelbagai kesalahan.

    Pada 2 Jun 2021, tujuh individu telah dikompaun pihak polis kerana melanggar SOP yang mana melibatkan seorang lelaki ditahan di simpang Nyabor yang cuba membawa lebih daripada dua penumpang dalam satu kenderaan untuk keluar dari kawasan awam.

    Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin berkata, enam lagi individu yang dikenakan kompaun adalah remaja lelaki dan perempuan berusia antara 16 hingga 33 tahun atas kesalahan berkumpul dan melepak di tepi jalan di sebuah kampung di Kabong selain gagal mematuhi penjarakan sosial.

    Tambahnya, semalam pihak polis juga telah mengeluarkan dua surat denda kepada dua individu dengan kesalahan berbeza. Individu pertama ditahan ketika hendak merentas daerah dari Julau ke Saratok tanpa mempunyai permit rentas daerah dari pihak polis. Manakala seorang lagi melibatkan individu berusia 30 tahun di Kabong kerana gagal menggunakan pelitup muka ketika berada di kawasan awam.

    Lelaki cuba merentas daerah tanpa permit dikompaun di IPD Saratok

    Jelasnya, orang awam terus digesa agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan hanya keluar bila perlu sahaja terutama untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan bekalan makanan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan bekalan air akan disalurkan segera oleh LAK & JBALB sehingga...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2024 (SNN): Lembaga Air Kuching (LAK) dengan kerjasama Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan menggerakkan lapan buah lori tangki...