More
    Home Sarawak Kuching 750 daripada 1,306 jemaah umrah yang disahkan positif berkemungkinan dari varian Omicron

    750 daripada 1,306 jemaah umrah yang disahkan positif berkemungkinan dari varian Omicron

    KUCHING, 01 JANUARI 2022 (SNN) :Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini susulan sebanyak 1,306 daripada 11,108 jemaah yang pulang dari menunaikan umrah telah dikesan positif COVID-19, setakat 30 Disember 2021 lalu.

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin dalam satu sidang media hari ini berkata, daripada jumlah tersebut, 592 dikesan positif hasil ujian pertama pada hari ketibaan di Malaysia. Tetapi, apa yang paling membimbangkan adalah, sebanyak 714 kes dikesan positif hasil ujian kedua yang dijalankan pada hari kelima kuarantin dan daripada jumlah keseluruhan tersebut 750 kes berkemungkinan adalah jangkitan varian Omicron.

    “Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan serta-merta berkuatkuasa 1 Januari bagi tempahan tiket perjalanan umrah yang baharu. Manakala bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci pada 1 hingga 7 Januari 2022, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

    “Mereka bagaimanapun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel yang telah dikenal pasti sebagai stesen kuarantin oleh pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) apabila tiba di Malaysia,” katanya.

    Kenyataan media Menteri Kesihatan berhubung peningkatan kes positif dalam kalangan jemaah umrah

    Khamis lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di semua tempat selepas kes jangkitan harian COVID-19 di negara itu kembali melonjak.

    Pada Oktober lepas, Arab Saudi mengumumkan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, termasuk membenarkan individu yang lengkap divaksin tidak memakai pelitup muka di tempat awam terbuka.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...