More
    Home Malaysia 61 tahun sejak Pembentukan Malaysia, Sarawak kini ke arah lebih maju dengan...

    61 tahun sejak Pembentukan Malaysia, Sarawak kini ke arah lebih maju dengan dasar yang jelas

    SIBU, 01 SEPTEMBER 2024: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan Sarawak kini berada dilandasan yang tepat dan bergerak ke arah lebih maju sejak menyertai pembentukan Malaysia 61 tahun lalu.

    Abang Johari memberitahu, walaupun beberapa bidang masih perlu diberi perhatian, beliau yakin dasar jelas Kerajaan Sarawak dan disokong Kerajaan Persekutuan mampu menjadikan pembangunan di wilayah ini lebih seimbang.

    “Kalau Semenanjung maju, Sarawak dan Sabah juga harus maju, dan saya yakin negara ini pasti menjadi lebih kukuh dalam perpaduan rakyat dan wilayahnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Kebangsaan ke-67, di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu, semalam.

    TYT Tun disaksikan Premier dan barisan menteri ketika merasmikan Perhimpunan Hari Kebangsaan ke-67 2024 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud-foto UKAS

    Pada masa sama, Abang Johari menyatakan keyakinan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) mampu menjadikan Sarawak sebuah wilayah progresif, inklusif dan lestasi.

    “Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Persekutuan, sokongan mereka akan terus mendorong pertumbuhan ekonomi Sarawak termasuk dalam meningkatkan hasil.

    “Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, kita mempunyai peluang untuk meningkatkan hasil negeri. Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang prihatin terhadap usaha Sarawak mendapatkan hasil daripada sumber alam,” ujarnya.

    Sehubungan itu, beliau turut menyeru rakyat Malaysia saling menghormati dan memahami pengertian Sambutan Hari Kebangsaan walaupun terdapat perbezaan mengenainya agar mampu membina negara yang terus maju dan makmur.

    Turut hadir sama ialah Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak; Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, isteri kepada Premier Sarawak; Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Menteri bertangggungjawab Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2024; Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri-menteri, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri, ketua jabatan dan sekitar 1,500 tetamu yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...