More
    Home Malaysia 55 orang asnaf terima sumbangan sempena Majlis Iftar Perdana 2025 UiTM Cawangan...

    55 orang asnaf terima sumbangan sempena Majlis Iftar Perdana 2025 UiTM Cawangan Sarawak

    KOTA SAMARAHAN, 22 MAC 2025: Majlis Iftar Perdana 2025 anjuran UiTM Cawangan Sarawak berlangsung penuh keberkatan di Masjid Al-Qurawiyyin, Kampus Samarahan dengan kehadiran lebih 400 tetamu termasuk golongan asnaf yang diraikan.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, seramai 55 penerima asnaf terdiri daripada pelajar, ibu tunggal, staf UiTM Sarawak, serta saudara baharu dari Kampung Plaie menerima bantuan bagi meringankan beban mereka menyambut Ramadan dan Syawal.

    Tambah beliau, sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan Tabung Zakat UiTM Sarawak, Tabung Sedekah UiTM Sarawak, serta Persatuan Wanita UiTM (PEWANI).

    Pada majlis sama, Julaihi turut menyaksikan penyerahan sumbangan korporat kepada UiTM Sarawak berjumlah RM115,105 daripada Maybank Islamic Berhad yang disampaikan oleh Pengarah Wilayah Maybank Sarawak, Abang Jamili Abang Julai, serta RM78,450 daripada Rafulin Holdings Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Pengurus Cawangan Rafulin Sarawak, Ivy Molly Luhat.

    Dato Sri Julaihi bersama Pro-Canselor UiTM ketika menerima cek sumbangan untuk UiTM daripada Rafulin Holdings SDN.BHD

    Selain membantu golongan memerlukan, majlis ini juga menjadi platform mengeratkan hubungan antara universiti, kepimpinan negeri dan masyarakat setempat dalam semangat kebersamaan.

    Turut hadir, Pro-Canselor UiTM; Datuk Abdul Wahab Aziz bersama isteri; Datin Dayang Rosnah Abang Drashid, Rektor UiTM Cawangan Sarawak; Prof. Dr. Firdaus Abdullah, barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Sarawak, ketua-ketua jabatan serta pemimpin masyarakat sekitar Samarahan-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    55 orang asnaf terima sumbangan sempena Majlis Iftar Perdana 2025 UiTM...

    0
    KOTA SAMARAHAN, 22 MAC 2025: Majlis Iftar Perdana 2025 anjuran UiTM Cawangan Sarawak berlangsung penuh keberkatan di Masjid Al-Qurawiyyin, Kampus Samarahan dengan kehadiran lebih...