More
    Home 40 peratus rakyat Sarawak berjaya divaksin-Ketua Menteri

    40 peratus rakyat Sarawak berjaya divaksin-Ketua Menteri

    KUCHING, 26 JUN 2021 (SNN) : 40 peratus rakyat di Sarawak sekurang-kurangnya telah berjaya menerima suntikan vaksin untuk dos pertama setakat ini.

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, sejak pelancaran Program Imunisasi Kebangsaan sekurang-kurangnya 40 peratus rakyat Sarawak telah divaksin dan sasaran kita agar semua rakyat menerima dos pertama menjelang Ogos ini.

    “Selain itu, bagi mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan penduduk luar bandar kita turut menubuhkan ‘Mobile Team’ bagi memudahkan mereka di kawasan jauh dari bandar mendapat suntikan vaksin dengan cepat.

    “Tambahan lagi, sejak 29 Mei yang lalu terdapat 25 kluster yang melibatkan tempat kerja dan perindustrian jadi sasaran kita turut berfokuskan di kawasan kilang dan industri besar dengan menubuhkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi membolehkan pekerja dapat divaksin dengan cepat,” kata beliau ketika sidang media selepas lawatan kerja di PPV Sama Jaya Free Industrial Zone di Longi (Kuching) Sdn. Bhd., semalam.

    Tambah beliau, kawasan Sama Jaya Free Industrial Zone ini menempatkan kilang-kilang besar seperti Longi, Western Digital Sarawak, X-FAB Sarawak Sdn. Bhd dan Taiyo Yuden Sarawak yang merangkumi jumlah pekerja sebanyak 46,888 orang.

    “Jumlah yang besar ini boleh memberikan risiko sekiranya pekerja mendapat jangkitan seterusnya membawa pulang ke tempat tinggal mereka dan oleh sebab itulah pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk memberi vaksin kepada pekerja di tempat kerja,” katanya lagi.

    Sidang media Ketua Menteri di PPV Longi Kuching baru-baru ini.

    Selesai lawatan kerja beliau di PPV Longi, Abang Johari turut melawat beberapa PPV lain di sekitar Kuching iaitu PPV The Spring Shopping Mall, Jalan Simpang Tiga dan PPV Vivacity Megamall. Beliau amat berpuas hati dengan program vaksinasi yang diuruskan dengan teratur disamping pekerja, pekedai dan syarikat-syarikat yang ada turut memberi kerjasama yang baik.

    Ujarnya lagi, beliau amat berterima kasih kepada rakyat Sarawak yang memberi maklumbalas positif dengan mendaftar secara sukarela dan datang mengikut tarikh temujanji untuk divaksin. Disamping itu, beliau turut menasihati agar rakyat Sarawak terus mengamalkan langkah-langkah penjagaan diri walaupun sudah divaksin.

    Turut hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi SDMC; Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan; Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan; Datuk Mohd Naroden Majais.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...