More
    Home Sarawak Bintulu 29 Isirumah di Rumah Danggang kini menikmati bekalan elektrik 24 jam di...

    29 Isirumah di Rumah Danggang kini menikmati bekalan elektrik 24 jam di bawah Skim ALAF

    BINTULU, 27 OKTOBER 2023 (SNN): Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM2.37 bilion bagi melaksanakan 188 projek bekalan elektrik luar bandar melalui pelbagai skim di seluruh negeri ini.

    Menteri Utiliti dan Telekomukasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, bagi meringankan beban masyarakat di luar bandar, kerajaan negeri juga telah memperkenalkan satu inisiatif iaitu Dana Permohonan Tambahan atau Lewat (ALAF).

    Menurutnya, ALAF ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Sarawak Energy Berhad sebagai agensi pelaksana bagi projek ini.

    “Sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2018, sebanyak RM230 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek ALAF melibatkan 20,713 isi rumah.

    “Sebanyak 14,348 isirumah telah siap sepenuhnya, 5,366 isi rumah masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan 999 isi rumah sedang dalam peringkat survei.

    “Bagi memastikan penduduk Sarawak terus dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam, peruntukan tambahan sebanyak RM85 juta telah dipohon bagi melaksanakan projek ALAF untuk 5,115 lagi isi rumah dengan sasaran untuk penyiapan projek menjelang tahun 2025,” katanya dalam satu sidang media selepas membuat lawatan ke Rumah Danggang pada Khamis.

    Dato Sri Julaihi merasmikan simbolik Projek Skim ALAF di Rumah Danggang KM 33 yang telah siap sepenuhnya.-Foto FB Julaihi Narawi

    Dato Sri Julaihi menambah, penyambungan elektrik di Rumah Danggang telah siap sepenuhnya pada tahun 2020 di bawah Skim ALAF melibatkan kos sebanyak RM116,300. dengan sejumlah 29 isi rumah telah menikmati bekalan elektrik menerusi projek ini.

    Manakala katanya, bagi kawasan di sekitar DUN Jepak, sebanyak RM7.29 juta kos pelaksanaan telah dibelanjakan untuk melaksanakan projek rakyat melibatkan 397 isi rumah bagi memastikan penduduk di sekitar DUN Jepak menikmati bekalan elektrik di rumah masing-masing.

    “Pelaksanaan projek di bawah Skim ALAF pula melibatkan sebanyak 31 projek dengan 431 isi rumah, 21 projek dengan 273 isi rumah telah siap sepenuhnya, manakala sembilan projek dengan 158 isi rumah sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

    “Kesemua isi rumah yang sedang dalam pelaksanaan dijangka mendapat bekalan elektrik secara berperingkat bermula tahun 2024,” katanya lagi.

    Turut hadir dalam program itu ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Datuk Liwan Lagang, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak; Iskandar Turkee, Tuai Rumah Daggang serta tetamu lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...