More
    Home Malaysia 250 golongan asnaf sekitar DUN Sebuyau terima sumbangan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri

    250 golongan asnaf sekitar DUN Sebuyau terima sumbangan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri

    SEBUYAU, 16 MAC 2025: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) meneruskan komitmennya dalam menyantuni masyarakat setempat dengan menganjurkan Majlis Iftar Perdana PETRONAS di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau bersempena program “PETRONAS Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri” pada Sabtu.

    Simbolik perasmian disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi.

    Sebagai tanda keprihatinan kepada masyarakat setempat, PETRONAS turut mengadakan penyampaian bakul makanan kepada 250 penerima yang memerlukan.

    Inisiatif ini diharap dapat membawa keceriaan dan membantu penerima dalam persiapan menyambut Hari Raya.

    Dto Sri Julaihi ketika menyempurnakan Program “PETRONAS Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri”-Foto UKAS

    Sementara itu, Dato Sri Julaihi turut memaklumkan PETRONAS melalui Yayasan PETRONAS giat melaksanakan program-program impak sosial berteraskan pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti.

    Katanya, program tersebut seperti “Program Back to School” di mana sumbangan sekolah disalurkan kepada lebih 700 orang pelajar di seluruh Sarawak.

    Selain itu, Program Bantuan Bencana banjir telah dilancarkan untuk memastikan kebajikan mangsa banjir di seluruh Sarawak sentiasa terjaga.

    Beliau juga amat menyokong inisiatif sebegini diteruskan bagi membantu golongan yang memerlukan di Sarawak dan menyeru agar lebih banyak agensi dan organisasi mencontohi inisiatif seperti ini.

    Turut hadir sama ialah Pengurus Besar Kanan, Perhubungan Pihak Berkepentingan, Perhubungan Strategik Dan Komunikasi Kumpulan PETRONAS; Khairuddin M.Jaafar, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak; Norazibah Md Rabu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Syed Mohd Fauzi Shahab, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sarawak; Adiman Ajem, Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bujang serta tetamu yang lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sebanyak 453 Menara SMART oleh SDEC sudah ke udara di seluruh...

    0
    SEBUYAU, 19 MAC 2025 (SNN): Program SALURAN yang dilaksanakan Sarawak Digital Economy Coporation (SDEC) adalah inisiatif Kerajaan Sarawak meningkatkan liputan internet dan telekomunikasi di...