More
    Home Sarawak Kuching 23,319 Isi Rumah luar bandar kini menikmati bekalan elektrik 24 jam-Julaihi

    23,319 Isi Rumah luar bandar kini menikmati bekalan elektrik 24 jam-Julaihi

    KUCHING, 29 N0VEMBER 2022 (SNN): Seramai 23,319 isi rumah di kawasan luar bandar kini telah dibekalkan dengan bekalan elektrik 24 jam di bawah program elektrifikasi luar bandar pada tahun 2019 sehingga suku ketiga tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak RM2.37 bilion.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak 20,445 isi rumah, 14,408 isi rumah pada 2020 dan sebanyak 7,798 isi rumah pada tahun 2019.

    “Sambungan talian grid akan dipanjangkan ke kawasan luar bandar yang mempunyai jalan akses, manakala sistem off-grid (Sistem Kendiri) melalui hibrid dan Skim Elektrifikasi Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) sedang dan akan diteruskan untuk kawasan luar bandar yang tidak mempunyai jalan akses.

    “Program SARES yang telah dilaksanakan dan disiapkan di pedalaman adalah seperti Long Busang Ulu Belaga, Rumah Lawai Sebauh, Long Suling Miri, Rumah Nading Kapit, Rumah Lusi Song dan banyak lagi,” katanya ketika membentangkan penggulungan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini pada Selasa.

    Datuk Julaihi (tengah) bersama barisan kementerian MUT di DUN Sarawak sebelum membentangkan penggulungan.

    Tambah beliau, Bantuan Dana Tambahan atau Lewat (Additional Late Applicant Fund-ALAF) juga telah memanfaatkan 771 buah kampung yang melibatkan 10,027 isi rumah.

    Sehingga kini, dianggarkan 25,000 pemohon di seluruh Sarawak masih memerlukan pemasangan elektrik melalui Skim ALAF dan permohonan akan dilaksanakan secara berterus dan berperingkat.

    Bagi meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah di kawasan bandar, Kerajaan Sarawak turut menyediakan bantuan kewangan bagi penyambungan Bekalan Elektrik melalui Program Connection Charges Government Financial Assistance (CCGFA) yang telah diperkenalkan sejak Januari 2020 dengan subsidi sebanyak RM23.8 juta.

    Tidak hanya itu, bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat, sebanyak empat stesen janakuasa baharu dirancang dan sedang dalam pembinaan dengan jumlah kapasiti 2,577 Megawatt (MW) dan dijangka siap antara tahun 2023 hingga 2028.

    Empat stesen janakuasa itu ialah Combine Cyle Gas Turbine (CCGT) di Miri berkapasiti 400MW, CCGT di Samalaju berkapasiti 842MW, Sistem Solar Terapung di Empangan Batang Ai berkapasiti 50MW dan Empangan Baleh berkapasiti 1,285MW.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROSNiaga ambil langkah segera atasi isu gangguan bekalan LPG

    0
    KUCHING, 10 FEBRUARI 2025 (SNN): Berhubung insiden tanah runtuh hingga menjejaskan Terminal LPG PUSAKA Integrated Resources Sdn. Bhd. (PIRSB) baru-baru ini, PETROSNiaga telah mengambil...