More
    Home Sarawak Kuching 23 PEDi baharu akan dibuka, tingkatkan ekonomi digital di kawasan luar bandar

    23 PEDi baharu akan dibuka, tingkatkan ekonomi digital di kawasan luar bandar

    KUCHING, 17 JANUARI 2024 (SNN): Sebanyak 23 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu akan dibuka di seluruh Sarawak untuk menyemarakkan lagi ekonomi digital di kawasan luar bandar.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pembukaan PEDi bukan sahaja akan meningkatkan lagi tahap celik internet dalam kalangan masyarakat luar bandar malah akan meningkatkan kegiatan ekonomi secara digital.

    Menurutnya, kerajaan negeri amat menyambut baik usaha peluasan inisiatif PEDi yang dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    “Pada hemat saya, PEDi adalah antara “enablers” yang penting kepada pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 atau ‘Sarawak Digital Economy Blueprint 2030.

    “Ini merupakan antara usaha melengkapkan rakyat dengan kemahiran dan pengetahuan digital bagi mengharungi era perkembangan teknologi maklumat dan ekonomi digital,” katanya semasa Majlis Perasmian dan Taklimat Pelaksanaan 23 PEDi Baharu Di Sarawak pada Rabu.

    Dato Sri Julaihi Narawi menyerahkan plak penubuhan PEDi baharu di 23 kawasan di seluruh Sarawak-foto UKAS

    Sementara itu ketika ditemui media UKAS, Dato Sri Julaihi menyatakan kebimbangan beliau apabila berlakunya kes-kes vandalisme seperti kecurian dan pemotongan kabel melibatkan menara-menara telekomunikasi.

    “Ini sekaligus akan menjejaskan capaian internet di kawasan berkaitan dan menyebabkan masyarakat setempat sukar berkomunikasi selain merugikan kerajaan yang mengeluarkan dana untuk membeli atau baik pulih pekakas,” jelasnya lagi.

    Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi); Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS); Datuk Abdullah Saidol serta Pengarah SKMM Sarawak; Adiman Ajem.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Sarawak berada di kedudukan yang kukuh pimpin tangani isu perubahan iklim

    0
    KUCHING, 23 JANUARI 2025: Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh untuk memimpin dalam menangani perubahan iklim, dipandu oleh komitmen terhadap pembangunan lestari dan pelepasan...