More
    Home Sarawak Kuching 20 orang anak yatim dari Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajjah Jumaani terima...

    20 orang anak yatim dari Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajjah Jumaani terima sumbangan ramadan daripada Premier Sarawak

    KUCHING, 21 MAC 2025: Seramai 20 orang anak yatim dari Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajjah Jumaani telah menerima sumbangan ramadan daripada YAB Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merupakan inisiatif daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

    Sumbangan tersebut telah disampaikan setelah selesai menunaikan solat Maghrib dan menjamu juadah berbuka puasa pada Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Khamis sebagai tanda prihatin DBKU atas kebajikan anak yatim yang kurang bernasib baik.

    Sementara itu, seramai 300 kakitangan DBKU turut hadir bagi memeriahkan majlis dan bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa.

    YAB Premier semasa menyampaikan sumbangan kepada ank yatim yang merupakan salah satu inisiatif kebajikan DBKU

    Majlis ini bertujuan untuk mempereratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri, kakitangan DBKU, dan masyarakat setempat, selain mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

    DBKU berharap majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform untuk mempererat hubungan dan meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga DBKU.

    Premier Sarawak bersama dif-dif kehormat dan kakitangan DBKU turut berkesempatan menunaikan solat Isyak dan solat terawih sebelum mengakhiri majlis dengan bermoreh.

    Turut hadir sama ialah Menteri Di Jabatan Premier Sarawak; Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam); Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak; Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak; Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Peguam Besar Sarawak; Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan); Dato Sri Muhammad Abdullah Zaidel, Datuk Bandar DBKU; Dato Hilmy Othman serta dif kenamaan lain-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    20 orang anak yatim dari Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajjah Jumaani...

    0
    KUCHING, 21 MAC 2025: Seramai 20 orang anak yatim dari Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajjah Jumaani telah menerima sumbangan ramadan daripada YAB Premier Sarawak...