More
    Home Malaysia 1807 Kg abu teks ayat suci Al Quran dilupuskan mengikut hukum syarak...

    1807 Kg abu teks ayat suci Al Quran dilupuskan mengikut hukum syarak dilepaskan ke Laut Cina Selatan

    TANJUNG MANIS, 06 JULAI 2022 (SNN): Seberat 1807 Kilogram abu teks ayat suci Al-Quran berjaya dilupuskan ke Laut Cina Selatan yang merupakan program pertama diadakan di Wilayah Tengah Sarawak pada Selasa.

    Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah & Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang Datu Len Talif Salleh bersama Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Sahamah Datu Kipli Yassin menjelaskan, jumlah abu yang dilepaskan itu adalah hasil pengumpulan dari pelbagai jenis bahan suci yang sebelumnya telah dilupuskan melalui proses pemuliaan di Pusat Pemuliaan Al-Quran Masjid Al-Muttaqin, Sarikei.

    “Pusat pemuliaan Masjid Al-Muttaqin, Sarikei merupakan pusat Relau yang pertama di Wilayah Tengah Sarawak dan terdapat tiga lagi relau untuk tujuan yang sama di Kuching, Kota Samarahan dan Bintulu.

    “Oleh itu, masyarakat Islam di seluruh Sarawak khususnya Wilayah Tengah diminta untuk menyerahkan bahan-bahan yang mengandungi ayat suci Al-Quran yang telah rosak dan sebagainya melalui Urusetia atau Majlis Agama Islam Negeri di bahagian masing-masing untuk dilupuskan mengikut syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

    Bacaan doa sebelum bergerak dari Pangkalan Tanjung Manis untuk melepaskan abu teks Al-Quran ke laut.-Foto FB Datu Len Talif

    Len Talif yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI) dalam pada masa yang sama turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan terutamanya Pejabat Mufti Negeri Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak dan beberapa rakan strategik seperti Pasukan Polis Marin (PDRM) Wilayah 5 Sarikei, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak, Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar serta semua pihak yang telah menjayakan program berkenaan.

    “Semoga usaha murni kita ini dalam memuliakan Al-Quran diberkati dan diredai Allah SWT,” jelasnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan melaksanakan Projek Rural High Speed Broadband di Sebuyau

    0
    SEBUYAU, 27 JANUARI 2025 (SNN): Seramai 122 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen 201 Batang Lupar dan N27 Sebuyau...