More
    Home Sarawak Kuching 18 orang pelajar dari Sebuyau terima insentif melanjutkan pelajaran ke IPT dari...

    18 orang pelajar dari Sebuyau terima insentif melanjutkan pelajaran ke IPT dari Dato Sri Julaihi

    KUCHING, 11 SEPTEMBER 2024 (SNN): Seramai 18 orang pelajar dari kawasan Sebuyau yang berjaya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Institutsi Pengajian Tinggi (IPT) menerima insentif daripada Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.

    Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu dalam kenyataannya memberitahu, insentif tersebut diberikan sebagai tanda ucapan tahniah dan bantuan untuk melancarkan urusan mereka melanjutkan pengajian di universiti kelak.

    Dato Sri Julaihi merakam gambar bersama para pelajar dari Sebuyau yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT

    “Dengan insentif disampaikan ini diharap kesemua pelajar terbabit akan terus menempah kejayaan yang lebih cemerlang dalam bidang kurus pilihan atau tawaran yang diterima masing-masing,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar dari kawasan Sebuyau di pejabatnya di Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak pada Selasa.

    Turut hadir sama dalam majlis ringkas tersebut ialah Pegawai Daerah Sebuyau; Ayuradiman Bin Bujang, Pegawai Kanan MIPD; Zaidi Sarkawi dan SAO Fazireen Binti Yusuf.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Rakyat Sarawak diseru hayati Hak & Undang-Undang Sarawak yang diwarisi sejak...

    0
    SEBUYAU, 16 SEPTEMBER 2024 (SNN): Rakyat Malaysia khususnya di Sarawak diseru supaya mengetahui serta menghayati hak-hak dan undang-undang di Sarawak yang telah warisi sebelum...