More
    Home Sarawak Kuching 17,885 kertas undi pos telah dikeluarkan SPR bagi PRN ke-12 Sarawak

    17,885 kertas undi pos telah dikeluarkan SPR bagi PRN ke-12 Sarawak

    KUCHING, 11 DISEMBER 2021 (SNN): Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 17,885 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak pada 8 hingga 10 Disember 2021.

    Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan media SPR berkata, pengeluaran kertas undi pos itu telah dijalankan oleh Petugsa Pilihan Raya di semua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

    “Kesemua 17,885 kertas undi pos tersebut terdiri daripada 16,728 kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), 365 undi pos bagi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), 679 kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dan 113 Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

    Kenyataan media SPR Malaysia berhubung undi pos bagi PRN ke-12 Sarawak

    Beliau menjelaskan proses pengeluaran kertas undi pos ini dijalankan dengan kehadiran wakil calon daripada semua parti atau individu yang bertanding.

    Pada masa yang sama Ikmalrudin memberitahu, SPR turut mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Pengisytiharan Identiti (Borang 2) serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus DUN berkenaan sebelum jam 5.00 petang pada Hari Mengundi iaitu pada 18 Disember 2021 (Sabtu).

    Katanya lagi, pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. Sebelum ini, SPR telah menetapkan 18 Disember 2021 sebagai hari mengundi bagi PRN-12 manakala pengundian awal pada 14 Disember 2021.

    Untuk rekod, PRN-12 menyaksikan seramai 1,252,014 orang pengundi di negeri ini layak mengundi dan mereka terdiri daripada 1,228,858 pengundi biasa, 12,585 anggota tentera dan pasangan, 10,458 anggota polis dan pasangan serta 113 pengundi tidak hadir luar negara.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Mohd Shafizan harap Jambatan Saribas dapat dibuka untuk awam menjelang Aidilfitri...

    0
    PUSA, 30 JANUARI 2025: Jambatan Saribas perlu disiapkan secepat mungkin, terutama sebelum Hari Raya Aidilfitri 2025, bagi memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati kemudahan infrastruktur...