More
    Home 171 kes baharu covid-19 dengan dua kes kematian direkodkan di Sarawak hari...

    171 kes baharu covid-19 dengan dua kes kematian direkodkan di Sarawak hari ini

    KUCHING, 28 FEBRUARI 2021 (SNN) : Hari ini Sarawak mencatatkan 171 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 9,545 kes manakala dua kes kematian dilaporkan masing-masing sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sibu dan Bintulu menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 83 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan media memberitahu, Daerah Sibu mencatat (33 kes) diikuti Miri (31 kes), Bintulu (29 kes), Betong (20 kes), Kapit (20 kes), Kuching (15 kes), Serian (9 kes), Kanowit (4 kes), Beluru (2 kes), Sri Aman (2 kes), manakala Bau, Bukit Mabong, Julau, Samarahan dan Sebauh masing-masing satu(1) kes.

    Hari ini juga dimaklumkan terdapat 203 kes baharu yang telah sembuh dan discaj daripada hospital iaitu dari Hospital Sibu (115), Hospital Umum Sarawak (37), Hospital Bintulu (20), PKRC di bawah Hospital Kapit (17), Hospital Miri (10), dan Hospital Sarikei (4) menjadikan keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 7,064 orang.

    Dua kes kematian yang diaporkan hari ini melibatkan warganegara tempatan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Tahun baharu 2025 satu peluang buat Sarawak untuk melangkah lebih maju-Julaihi

    0
    KUCHING, 01 JANUARI 2025 (SNN): Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi menzahirkan ucapan menyambut Tahun Baru 2025 buat seluruh rakyat Sarawak...