KUALA RAJANG, 01 OGOS 2023 (SNN): Program menyantuni penduduk yang dilakukan saban waktu diteruskan bagi memabntu mengurangkan sedikit beban yang dihadapi oleh mereka terutama dalam kewangan melibatkan pendidikan.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh menerusi perkongsian beliau memberitahu, sepanjang program bantuan Pendidikan dilaksanakan oleh Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang sebanyak RM910,000.00 dana telah diserahkan kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi sejak tahun 2011.
“Bagi tahun 2023 sahaja, sebanyak RM59,100.00 dana telah diserahkan kepada lebih 164 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Tingkatan Enam, Matrikulasi, Peringkal Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi kawasan zon Sarikei.
“Selain pendidikan, serahan abntuan kepada penduduk di beberapa lokasi DUN Kuala Rajang juga telah disampaikan oleh wakil-wakil saya sejak Januari tahun ini yang melibatkan pelbagai sumbangan termasuklah kerusi roda, keperluan kesihatan dan harian,” katanya menerusi satu kenyataan.
Jelasnya, beliau berharap dengan inisiatif bantuan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak beban mereka dan para pelajar untuk mencapai kejayaan pada satu hari nanti.