KUCHING, 14 MAC 2024: Seramai 15 keluarga terdiri daripada golongan asnaf telah meneriman bantuan kewangan dalam Program Ihsan Ramadan DUN N8 Satok.
Sumbangan itu telah disampaikan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki dalam majlis ringkas pada malam Rabu.
Dalam pada itu juga, Dato Ibrahim turut menyampaikan bantuan kewangan kepada surau IPK bagi membantu ahli jawatankuasa surau merancang program dan aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan 2024.
Hadir sama, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak; Abdul Samat Gani, Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri II; Morshidi Sa-id, dan Ketua Pemuda Dun Satok; Mohamad Akram Karim.-UKAS