More
    Home Sarawak Betong 14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh Ketua Cawangan Parti PBB Sebuyau merangkap Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi diluluskan.

    Beliau yang membentang 14 resolusi berkenaan di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan pada Sabtu itu telah mengemukakan seterusnya menyerahkan buku resolusi kepada Yang Di-Pertua Parti PBB merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Antara resolusi yang dibentang dan diluluskan ialah mengusulkan sokongan padu kepada Yang di-Pertua Parti PBB merangkap Premier Sarawak, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk terus menerajui PBB sebagai Yang di-Pertua tanpa bertandingdan seterusnya menerajui GPS bagi memastikan kestabilan politik dan kemakmuran Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

    Kedua ialah mengusulkan supaya kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua PBB iaitu YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dikekalkan tanpa pertandingan dan kedua-dua Naib Yang DiPertua Kanan iaitu Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof dan Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom turut dikekalkan tanpa bertanding.

    Seterusnya, memberi kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada kepimpinan PBB dan GPS untuk memimpin Sarawak dalam memastikan hak-hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963), Laporan InterGovernmental Committee (IGC) 1962 dan Perlembagaan Persekutuan dikembalikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sarawak.

    Mengusulkan sokongan kepada langkah strategik Parti PBB dan GPS menuntut penghormatan dan pengiktirafan Sarawak sebagai rakan kongsi setara dalam Negara Malaysia.

    Mengusulkan cadangan Penubuhan Negara Malaysia berasaskan Laporan Inter-Governmental Committee (IGC) 1962, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Malaysia dijadikan silibus yang wajib diambil dan lulus di semua peringkat sekolah, universiti tempatan dan universiti antarabangsa yang mempunyai kampus cawangan di Malaysia.

    Mengusulkan supaya bilangan kawasan pilihanraya parlimen di Sarawak dan Sabah ditambah kepada sekurang-kurangnya 35% daripada keseluruhan kerusi Parlimen di Dewan Rakyat dan bertekad untuk terus memastikan status dan peranan PBB kekal dominan sebagai parti tulang belakang kepada kepimpinan GPS dan Kerajaan Sarawak.

    Dato Sri Julaihi Narawi menyerahkan Buku Resolusi kepada Yang Di-Pertua Parti PBB

    Usul lain antaranya ialah, mengingatkan parti-parti komponen GPS agar sebarang langkah dan keputusan yang mungkin menggangu-gugat semangat kebersamaan, persefahaman dan kestabilan GPS dirujuk kepada saluran yang betul.

    Mengusulkan sokongan kepada usaha dan tindakan Kerajaan Sarawak mempastikan PETROS diiktiraf sebagai Gas Aggregator Tunggal di Sarawak berdasarkan Distribution of Gas Ordinance 2016.

    Mengusulkan cadangan penubuhan jurusan atau fakulti baharu di universiti milik Sarawak dan juga institusi latihan baharu yang berteraskan pembangunan sektor renewable energy, industri minyak dan gas, aero angkasa dan teknologi satelit di Sarawak.

    Mengusulkan supaya PBB dan Kerajaan GPS Sarawak terus mengganda dan mengutamakan agenda dan pelaksanaan pembangunan di kawasan luar bandar.

    Mentransformasikan sektor pertanian, penternakan dan perikanan di Sarawak dengan membina lebih banyak infrastruktur pertanian serta mengaplikasikan teknologi terkini dan sistem pemasaran yang lebih sistematik.

    Mempercepat dan menggandakan usaha membina semula dan membaikpulih sekolah daif di seluruh Sarawak. Tindakan segera dan serius pihak Kementerian Pendidikan Malaysia adalah dituntut.

    Usul ke empat belas ialah, mengusulkan supaya pembinaan rangkaian fiber optik di kawasan Sebuyau, Lingga, Beting Maro, Saribas, Bukit Saban, Layar, Kalaka, Kabong dan Saratok dan lain-lain tempat di Zon Betong dilaksanakan untuk meningkatkan jaringan dan liputan kemudahan telekomunikasi termasuk kemudahan internet.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    14 Resolusi Zon Betong yang dibentangkan telah diserah kepada Premier Sarawak

    0
    BETONG, 26 JANUARI 2025: Sebanyak 14 resolusi mesyuarat perwakilan yang dikemukakan oleh 14 Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang telah dibentangkan oleh...