More
    Home Malaysia Projek Stesen Pam Penggalak, Tangki Air dan Sistem Saluran Paip Maskat siap...

    Projek Stesen Pam Penggalak, Tangki Air dan Sistem Saluran Paip Maskat siap 97.43 peratus

    BINTULU, 24 JULAI 2024: Pembinaan stesen pam penggalak, tangki air dan sistem saluran paip di Maskat yang merangkumi tangki air baharu dengan kapasiti 2 Juta Liter (JL) sudah siap kira-kira 97.43 peratus.

    Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek yang dibina dengan kos hampir RM38 juta tersebut kini masih di peringkat ‘testing and commissioning’ atau ujian dan pentauliahan.

    Tambahnya, projek tersebut juga merangkumi sistem paip bersaiz 450 mm jenis ductile iron (D.I pipe) dari Loji Rawatan Air Nyabau ke Simpang Sebauh sejauh 18 kilometer termasuklah stesen pam penggalak ‘booster station c/w suction tank’ dan pemasangan saluran paip 160 mm HDPE ke rumah-rumah panjang di kawasan berkenaan.

    Dato Sri Julaihi ketika mendengar taklimat daripada pihak JBALB berhubung projek berkenaan-foto FB Julaihi Narawi

    “Projek air ini adalah sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dengan mengguna peruntukan Kerajaan Sarawak sendiri.

    “Projek ini bermatlamat memastikan kestabilan bekalan air serta kualiti air di kawasan ini dan memberi faedah kepada 37 rumah panjang yang mempunyai penduduk seramai 3,745 orang dari kawasan Parlimen Bintulu dan DUN Kemena dan Samalaju,” katanya semasa mengadakan lawatan tapak bagi meninjau kemajuan projek air ‘pembinaan stesen pam penggalak dan tangki air di Maskat’ pada Selasa.

    Turut hadir sama semasa lawatan kerja itu ialah Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB); Awang Mohamad Fadillah Awang Redzuan, Timbalan Pengarah JBALB; Ahmad Selihin serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerjasama Sarawak dengan Mitsubishi Power bukti kukuh untuk wujudkan ekonomi berasaskan...

    0
    HYOGO, 19 DISEMBER 2024: Industri hidrogen akan memainkan peranan transformatif dalam landskap tenaga global dan Sarawak komited untuk berada di barisan hadapan dalam evolusi...