More
    Home Sarawak Betong 11 PIBG dan lima sekolah menengah terima geran MRP daripada Timbalan Menteri...

    11 PIBG dan lima sekolah menengah terima geran MRP daripada Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan merangkap ADUN Layar.

    BETONG, 07 MEI 2022 (SNN): Sejumlah RM182,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan kepada sebanyak 11 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan lima sekolah menengah di sekitar Betong khasnya di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.36 Layar.

    Penyerahan geran disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar merangkap Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu pada Jumaat bertempat di Pusat Khidmat DUN Layar.

    Senarai penerima PIBG sekolah rendah ialah SK Nanga Lawih, SK Nanga Spak, SK St Mark, SK St Peter & St Paul, SK St Bartholomew, SK Nanga Ajau, SK Nanga Passa, SK Abang Abdul Kadir, SK St Augustine Betong, SJKC Chung Hua Betong dan SK Saka.

    Manakala penerima sekolah menengah ialah SMK Ulu Layar, SMK St Augustine Betong, SMK Datuk Patinggi Kedit, Kolej Vokasional Betong dan MRSM Betong.

    Dato Gerald Rentap Jabu (tengah) menyerahkan geran kepada salah seorang wakil pihak sekolah selaku penerima di bawah kawasan ADUN Layar.

    Dalam pada itu, wakil setiap sekolah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ADUN Layar kerana sentiasa menyalurkan geran tersebut setiap tahun untuk memudahkan mereka melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

    Sementara itu, semasa menyempurnakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Betong Tahun 2022 di perkarangan Masjid Jamek Betong pada sebelah malam, Dato Gerald menyeru kepada masyarakat berbilang kaum di kawasan itu agar terus mempertahankan perpaduan sedia ada dan menolak mereka yang berusaha untuk memecahkannya.

    Beliau turut mengajak masyarakat untuk turut sama merancang pendidikan dan masa depan anak-anak di Betong agar mereka dapat bergerak maju ke hadapan.

    Menyentuh sudut ekonomi, Dato Gerald mahu peniaga di situ untuk mengintai peluang bagi menambah pendapatan mereka.

    Dalam hal ini, beliau berkata akan berbincang dengan pihak Majlis Daerah Betong untuk menetapkan tapak jualan bagi memudahkan peniaga meneruskan aktiviti mereka.

    Dalam majlis tersebut, Dato Gerald telah menyampaikan cek MRP sumbangan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berjumlah RM30,000 untuk Jawatankuasa Ketua-Ketua Kampung, Kampung Melayu Betong selaku penganjur program berkenaan kepada Penghulu Abang Suhailie Abang Pay.

    Turut disampaikan cek MRP sumbangan Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat berjumlah RM5,000 untuk Jawatankuasa Kebajikan Kampung Melayu Betong kepada Pengerusinya KK Rokiah Mahmud.-UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak perluas akses internet di negeri ini di bawah Program...

    0
    KUCHING, 18 NOVEMBER 2024: Kerajaan Sarawak terus melaksanakan langkah proaktif untuk memperluas liputan internet di negeri ini melalui program Sarawak Linking Urban, Rural and...