More
    Home Sarawak Betong 11 keluarga di Rumah Panjang Kusing Asal, Layar terima bantuan makanan dari...

    11 keluarga di Rumah Panjang Kusing Asal, Layar terima bantuan makanan dari Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Parlimen Betong

    BETONG, 09 MAC 2021 (SNN) : 11 keluarga dari Rumah Panjang Kusing Asal, Layar hari ini menerima sumbangan bekalan makanan daripada Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Unggah Embas dan Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat.

    Mereka yang terjejas akibat Pelaksanaan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) bagi mengesan penularan wabak covid-19 daripada Kluster Jalan Muhibbah sejak 4 Mac lalu mendapat perhatian daripada kedua wakil rakyat tersebut.

    Penyerahan bakul makanan kepada 11 keluarga di Kusing Asal, Layar itu dibuat sebagai bantuan tambahan kepada bantuan yang telah diserahkan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong (JKMBB) sebelum ini.

    Dalam pada itu, Tuai Rumah Rumah Panjang Kuling Asal, Aji Talajan merakamkan terima kasih kepada ADUN Bukit Saban dan Ahli Parlimen Betong atas keprihatinan terhadap keperluan penduduk di rumah panjang yang terkesan sepanjang pelaksanaan ‘ACD’ di kawasan itu.-SUMBER UKAS.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Empat lokasi strategik dikenal pasti sebagai titik pengedaran tenaga penting di...

    0
    KUCHING, 26 NOVEMBER 2024: Terdapat empat lokasi strategik telah dikenal pasti yang akan berfungsi sebagai hab pengedaran tenaga penting di Sarawak iaitu Miri, Samalaju,...