More
    Home Sarawak Kuching 100 orang pelajar terima sumbangan dari MAKSAK yang disampaikan oleh Premier Sarawak

    100 orang pelajar terima sumbangan dari MAKSAK yang disampaikan oleh Premier Sarawak

    KUCHING, 16 MAC 2024: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menyerahkan sumbangan kepada 100 orang pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Petra Jaya di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.

    Sumbangan tersebut merupakan pemberian daripada Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak di bawah Program Sumbangan Ikhlas MAKSAK Cares sempena bulan Ramadan tahun ini.

    Sumbangan ini telah dianjurkan bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Yang Amat Berhormat (YAB) Premier Sarawak Bersama Penjawat Awam Sarawak.

    Usai menyerahkan sumbangan, Premier Sarawak bersama penjawat-penjawat awam yang lain menunaikan solat Isyak dan tarawih.-foto UKAS

    Exco MAKSAK Wanita menghulurkan bantuan wang tunai sebanyak RM100 dan sehelai tuala mandi daripada dana MAKSAK Cares kepada setiap pelajar termasuk sumbangan buah kurma dan sehelai kain pelikat daripada Pejabat Premier Sarawak.

    Terdahulu, beliau telah berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib dan diteruskan dengan jamuan makan malam.

    Hadir sama, isteri kepada Premier Sarawak; Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak; Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak; Dato Sri Julaihi Narawi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak; Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Sarawak; Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Persekutuan Sarawak; Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Timbalan Speaker DUN Sarawak; Dato Idris Buang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran); Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi); Datu Hii Chang Kee serta tetamu kehormat yang lain.-UKAS

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pembinaan lapangan terbang baharu di Kuching akan menjadi nilai tambah daya...

    0
    KUCHING, 25 DISEMBER 2024: Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan...