KOTA SAMARAHAN, 18 OGOS 2020 (SNN) : Satu kejadian kebakaran berlaku di Taman Berlian, Kota Samarahan melibatkan tiga buah blok rumah pekerja buruh binaan yang dihuni lebih 100 orang telah musnah sepenuhnya di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.22 petang lalu mengerahkan pasukan bomba ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran itu telah memusnahkan tiga blok rumah pekerja binaan yang melibatkan 30 pintu yang mana setiap satu blok mempunyai 10 pintu rumah.

“Kebakaran yang melibatkan struktur rumah jenis tidak kekal itu terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Blok bangunan rumah jenis tidak kekal musnah sepenuhnya

Tambahnya, operasi pemadaman kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya.

Operasi pemadaman dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dan dibantu BBP Tabuan Jaya melibatkan dua jentera dengan kekuatan 15 anggota.- Nizal.

Leave A Reply

Please enter your comment!
Please enter your name here